Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas

Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas

Kesilapan komunikasi dan perhitungan oleh juruterbang ketika pengendalian mungkin mengakibatkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat dalam raptai latihan formasi udara hari ini.

Ketua Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian, bagaimanapun berkata siasatan mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan punca di sebalik kejadian.

Harridon berkata, pertembungan kedua pesawat itu merendahkan (degrade) integriti struktur helikopter yang kemudian menjejaskan keupayaan aerodinamiknya.

Katanya, ia menyebabkan helikopter kehilangan ketinggian dan mengakibatkan ia terhempas.

“Pada lintasan formasi, pesawat akan melakukan penerbangan secara selari dan tandem dan ini memerlukan kru penerbangan menerbangkan pesawat secara tepat dan berdisiplin.

“Ia juga memerlukan latihan penerbangan selama berjam-jam lamanya untuk memastikan tiada berlakunya nahas udara.

“Dari segi teknikal pula, kedua-dua pesawat adalah pesawat state of the art yang dikeluarkan oleh pengilang peralatan asal (OEM) yang bernas dan bereputasi tinggi. Namun begitu perlu dipastikan adakah berlaku control freeze terhadap pesawat ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Klip video berdurasi kurang seminit nahas itu tular awal pagi ini, menunjukkan tujuh helikopter melakukan flypast.

Bagaimanapun, ketika helikopter itu melencong ke arah berbeza, dua helikopter yang menghala ke kanan menghampiri satu sama lain dan bertembung.

Harridon berkata, menjadi suatu norma ketika helikopter melakukan formasi udara, ia terbang seiring atau selari antara satu sama lain pada julat ruang yang optimum supaya tiada pertembungan akan berlaku.

“Ia juga kaedah amalan untuk mendapatkan penerbangan selari yang berkesan dengan insiden minimum atau sifar kemalangan.

“Komunikasi juga elemen penting untuk helikopter terbang selari antara satu sama lain di mana komunikasi diamalkan di darat ke parlay dan berkongsi maklumat penting seperti ketinggian penerbangan, putaran pada paksi, altitud, ketepatan masa (timing), pitch, roll, dan yaw.

“Sebarang lencongan (deviation) daripada maklumat itu semasa penerbangan akan menjadi nahas,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Harridon berkata, aspek teknikal helikopter adalah perkara penting diambil kira terutama berkaitan control freeze.

“Keadaan control freeze akan menyebabkan pesawat hilang kawalan dan tidak dapat dikendalikan pada keadaan yang optimum dan control freeze itu berkisar dan berkaitan dengan kawalan cyclic dan collective serta tujahan pesawat.

“Disebabkan itu, penting membuat semakan kepada buku log dan koleksi data-data kedua pesawat berkenaan sama ada wujud pola kecelaruan dari segi teknikal dan dari segi prestasi kesemua pesawat terbabit,” katanya.

Beliau berkata, lokasi-lokasi nahas akan dipagari supaya serpihan dan komponen pesawat dapat dikumpulkan dan pemetaan trajektori serpihan dapat dilakukan dengan jitu.

“Serpihan dan komponen pesawat juga akan dianalisa secara lebih lanjut di makmal-makmal tertentu untuk mengetahui lebih lanjut akan intensiti perlanggaran dan untuk mengetahui lebih mendalam akan polar rekahan struktur pesawat.

“Ada kemungkinan pakar daripada OEM akan dipanggil untuk mengenal pasti punca nahas dari segi kecelaruan teknikal pesawat.

“Lazimnya pesawat-pesawat ini akan dilengkapi dengan sistem pemantauan yang memantau keadaan dan kesihatan pesawat dan kru penyelenggaraan akan sentiasa menilai data daripada sistem terbabit untuk melakukan penyelenggaraan pesawat.

“Oleh itu, pihak penyiasat seharusnya melakukan semakan pada data-data terbabit bagi menilai secara lebih lanjut keadaan dan kesihatan pesawat itu,” katanya.

Awal pagi ini, dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung antara satu sama lain menyebabkan 10 anggotanya maut. HM

Helikopter bertembung: Ini mungkin punca nahas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker