Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka

Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka

Sebut sahaja Langkawi, ia adalah destinasi yang menjadi pilihan ramai untuk bercuti kerana menawarkan pelbagai tarikan menarik dan juga memiliki ‘sejarah’ tersendiri.

Terbaharu, Eagle’s Nest Skywalk telah dibuka secara rasmi kepada umum. Untuk pengetahuan anda, tarikan baharu ini terletak di Gunung Machinchang.



Untuk ke sini, anda perlu manaiki kereta kabel dan perlu menaiki beberapa anak tangga sebelum dapat menerokai tarikan terbaharu ini.

Menariknya, skywalk ini tampil dengan lantai berkaca dimana anda boleh lihat ke bawah yang pastinya mereka yang gayat akan sedikit berasa takut.

Reka bentuknya diambil inspirasi daripada tugu ikonik Langkawi iaitu menampilkan kepala helang besar dan sarang dengan telur dimana melambangkan kebebasan dan pencapaian.



Jika anda ke sini, jangan lupa untuk ke tarikan baru ini. Harga tiket ke tarikan ini RM68 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia. Manakala untuk warga asing RM130 dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.

Eagle’s Nest Skywalk ini dibuka setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang. Anda boleh membeli tiket di sini.

Eagle’s Nest Skywalk Langkawi tepanjang di dunia kini dibuka

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker