Cara geng Tabligh kahwin
Cara geng Tabligh kahwin
Sudah menjadi satu tradisi pula di dalam masyarakat kita untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh gah. Malah, ada segelintir individu yang sanggup berhutang demi memenuhi kehendak nafsu dan mahu meraih pujian ramai.
Padahal, ajaran Islam mengajar kita untuk berjimat cermat dan memudahkan urusan perkahwinan buat pasangan yang sudah bersedia.
Tular baru-baru ini, apabila seorang lelaki di laman aplikasi X telah berkongsi pengalamannya menyaksikan perkahwinan style geng tabligh.
Difahamkan, pengantin lelaki tersebut merupakan abangnya sendiri. Dalam hantarannya itu dia memberitahu beberapa perkara yang dibuat semasa majlis perkahwinan yang baginya mungkin ekstremis buat manusia moden.
Menurutnya, nama pengantin perempuan tidak ditulis dalam kad jemputan sama sekali tetapi hanya tertera nama abangnya sahaja.
Selain itu, jika kebiasaannya kita melihat pengantin berarak masuk ke dewan dan bersanding di pelamin, geng tabligh bagaimanapun tidak mengamalkan adat tersebut.
Malah, pengantin perempuan hanya dibenarkan untuk duduk di dalam rumah.
“Tak ada siapa boleh masuk dan lihat dia kecuali ahli keluarga. Surprisingly, orang awam jemputan kami faham-faham bahasa sendiri. Ambil gambar pun as kenangan dengan abang aku. Dengan pengantin hanya ahli keluarga saja. Abang aku ke luar layan tetamu,” katanya.
Jubah putih pula menjadi pakaian rasmi bagi orang lelaki pada hari pernikahan itu. Majlis dibuat sekali dengan bajet yang paling murah.
“Makan beradab kat dalam rumah which is dengan family je,” tambahnya lagi.
Sementara di ruangan ciapan, ramai yang berpendapat ini bukanlah satu tindakan eksteremis namun perlu dinormalisasikan di dalam masyarakat.
Tambahan pula, ramai juga melihat ia sebagai satu tindakan yang bijak kerana dapat menjimatkan wang di samping menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama.
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET