Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
JITRA: Sebuah bangunan madrasah di Pusat Maahad Al Quran Abdullah Al Arifin, di sini, musnah dalam kebakaran pada petang Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 2.44 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sezali Hassan tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan dari talian MERS 999 memaklumkan kebakaran membabitkan maahad tahfiz berkenaan.
“Kebakaran itu membabitkan bahagian asrama dan bilik guru. PBS Padang Sera tiba awal di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
“Ketika kejadian semua 21 pelajar berada di surau yang terletak tidak jauh dari bangunan yang terbakar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohd Bustan berkata, kemusnahan pusat Maahad Tahfiz itu dianggarkan hampir 70 peratus dari keseluruhan bangunan.
Beliau berkata, api berjaya dikawal daripada merebak pada jam 3.05 petang.
“Operasi turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam, Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dipadam sepenuhnya pada jam 4.28 petang.
“Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Awani
Asrama maahad tahfiz di Jitra terbakar, 21 pelajar nyaris maut
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau
You must be logged in to post a comment.