Pekerja parah letupan gas nitrogen di Shah Alam
Pekerja parah letupan gas nitrogen di Shah Alam
Seorang parah dan dua lagi cedera dalam letupan gas nitrogen di sebuah kilang dekat Kota Kemuning, Shah Alam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, letupan gas nitrogen berlaku ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang terbabit.
Katanya, seorang mangsa dilaporkan kritikal, manakala dua lagi cedera ringan.
Beliau berkata, 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.14 pagi tadi.
“Anggota Unit Khas Hazardous Material (Hazmat) melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya di lokasi,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah pemeriksaan awal mendapati letupan tidak membabitkan struktur bangunan. FMT
Pekerja parah letupan gas nitrogen di Shah Alam
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.