Kanoute, legenda bola sepak terkenal dengan sifat pemurah
Kanoute, legenda bola sepak terkenal dengan sifat pemurah
Frederic Kanoute merupakan bekas pemain yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutamanya buat peminat saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga.
Pernah menyarung jersi West Ham United, Tottenham Hotspur dan Sevilla, Kanoute yang kini berusia 46 tahun memiliki sentuhan berbisa dalam merobek gawang lawan.
Kemuncak prestasinya adalah ketika bersama Sevilla apabila beliau meledakkan 136 gol dan mencipta 25 bantuan jaringan sepanjang tujuh musim di Sepanyol.
Di sebalik kisah hebatnya sewaktu beraksi, Frederic Kanoute turut mempunyai cerita menarik di luar padang yang memperlihatkan sisi mulia hidup beliau.
Berpegang teguh dengan Islam
Sebagai seorang yang beragama Islam, Kanoute pada musim 2005/06 pernah berkeras tidak mahu memakai jersi Sevilla kerana penaja utama kelab tersebut merupakan salah sebuah syarikat perjudian dalam talian.
Beliau menegaskan judi adalah salah satu dosa yang diterangkan dalam kitab suci Al Quran.
Namun, selepas beraksi dengan meletakkan ‘tape’ bagi menutup logo syarikat berkenaan, Kanoute kemudiannya mencapai kata sepakat akan tetap memakai jersi dengan logo itu tetapi tidak akan sesekali terlibat dengan sebarang aktiviti promosi.
Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang amat pemurah apabila menggunakan wang sendiri untuk membeli tanah surau sementara di Seville dengan nilai kira-kira $700,000 kerana tuan tanah pada mulanya mahu menutup surau itu dan menyewakan kepada orang lain.
Perkara tersebut disahkan oleh komuniti Islam di sana menurut sumber laporan BBC pada 16 Mei 2012.
Beliau turut bekerjasama dengan Seville Mosque Foundation untuk mengutip dana bagi membina masjid pertama di Seville sejak 700 tahun.
Sangat pemurah
Meskipun sudah mencapai tahap sebagai antara salah seorang legenda bola sepak dunia, Kanoute juga tidak melupakan asal-usulnya dengan membantu kanak-kanak miskin di negara kelahiran bapanya iaitu Mali.
Malah, Kanoute turut memilih untuk mewakili skuad kebangsaan Mali walaupun di peringkat remaja beliau menyarung jersi Perancis.
Beliau telah terlibat dengan begitu banyak program serta aktiviti kemanusiaan di sana dan yang paling memberikan kesan adalah kewujudan Sakina Children’s Village (rumah anak-anak yatim).
Menurut Kanoute, idea untuk membangunkan ‘kampung’ tersebut bermain di mindanya ketika beliau beraksi di EPL.
Beliau merasakan menjadi tanggungjawab buatnya untuk membantu kanak-kanak memerlukan sekali gus menggalakkan perubahan buat mereka.
Perkampungan itu menyaksikan anak-anak tersebut diberikan sokongan, penjagaan serta pendidikan yang baik kepada mereka.
Sakina Children’s Village dilengkapi dengan penginapan mereka bersama keluarga angkat, tadika, sekolah rendah dan menengah, program kemahiran serta pusat kesihatan.
Malah sekolah, pusat kesihatan dan perkhidmatan lain di situ turut oleh diakses oleh masyarakat sekitar.
Selain itu, kampung tersebut turut mengadakan program pertanian, penternakan dan perdagangan untuk membantu penduduk di Sakina Children’s Village menjadi lebih berdikari.
Dalam satu kenyataan pernah dikeluarkan Kanoute pada 2018, perkampungan tersebut mempunyai 67 orang kanak-kanak dan kapasiti penuh adalah seramai 150 orang.
Kesimpulan
Setiap pemain bola sepak profesional pasti mencoretkan kisah hidup berbeza, namun apaa dilakukan Kanoute sememangnya wajar dipuji dan merupakan amalan yang begitu mulia sekaligus melengkapkan karier cukup bermakna buatnya. Vc
Kanoute, legenda bola sepak terkenal dengan sifat pemurah
Baca Artikel Menarik:
- Jutawan Malaysia bawah 30 tahun semakin meningkat
- Nasi Lemak pun CIA nak sibuk
- Tengku Zafrul akan diberi tugas baharu – Zahid
- Kenyataan Anwar bukti Titah Adendum wujud, kenapa disorok? – Yana
- Jururawat pengsan ditumbuk di tepi jalan, ini penjelasan polis
- ‘Raja Jalanan’ hilang takhta
- Suspek kes tembak di KLIA ucap masih sayang isteri
- Siti Mastura jadi bahan lagi
- PM bakal umum kenaikan gaji penjawat awam 1 Mei ini
- Bekas Menteri PH rancang ‘khianat’ Anwar dalam PRK Kuala Kubu Baharu
- Pemegang saham utama HeiTech Padu bukan lagi Farhash Salvador
- Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
- Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’
- Tuan Ibrahim nafi makan duit Bersatu
- Lelaki Russia beli emas AS$65 juta di Singapura untuk dana ceroboh Ukraine
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.