Jawatankuasa Penasihat Dasar dilantik Anwar

Jawatankuasa Penasihat Dasar dilantik Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan Ekonomi MADANI.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan bekas Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Hassan Marican.

Keahlian jawatankuasa penasihat itu terdiri daripada Pengerusi Eksekutif FVSB Sdn Bhd, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi, Profesor Dr Yeah Kim Leng dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Institut Penyelidikan Khazanah, Dr Nungsari Ahmad Radhi.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya, berkata penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

PMO berkata, cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ACFIN, telah mendapat pertimbangan sewajarnya dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan.

“Jawatankuasa yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. BH

Jawatankuasa Penasihat Dasar dilantik Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker