Dakwaan kini sedang mengandung, ini jawapan Angeline Tan

PELAKON Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah mengandung setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.

Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, 57, ketika dihubungi berkata, dia tidak mengetahui bagaimana pihak yang menyebarkan berita palsu ini mendapat idea untuk menimbulkan spekulasi sebegini dan mengapa telah memilih dia dan Sabri sebagai sasaran.

“Itu fake news, saya taktahu siapa yang reka cerita ini.



“Saya rasa kelakar lah, saya pun taktahu macam mana dia boleh ada idea untuk buat cerita palsu ini dan kenapa orang ini pilih saya dan Sabri untuk buat fake news, kenapa mereka tidak pilih artis lain yang lebih muda.

“Bulan puasa pun baru sahaja habis dan kita baru sahaja insaf di bulan puasa. Kita jaga mulut, hati, kelakuan dan segalanya tapi selepas puasa lupa pulak matlamat kita ketika di bulan Ramadan lalu.

“Sia-sia sahaja satu bulan berpuasa sebab kita berpuasa untuk tebus dosa, muhasabah diri, bersihkan hati tapi habis saja puasa dan hari raya pun belum habis sudah buat fitnah sebegini.
“Dan orang pula boleh percaya dengan fake news seperti itu,” ujarnya kepada Gempak.
Tak syak sesiapa

Bagaimanapun, Angeline tidak mengesyaki mana-mana pihak dan hanya menganggap individu tersebut sekadar ingin meraih perhatian orang ramai.



“Saya tak syak sesiapa dan malas nak fikir siapa, bagi saya tidak mengapa kalau dia bahagia buat perkara sebegini saya bagi dia peluang.

“Tapi ini adalah satu contoh yang sangat baik kepada di luar sana sebab kita sebenarnya tak boleh cepat percaya pada apa yang dipaparkan di media sosial, sebab ada orang boleh buat berita palsu tentang kita tanpa apa-apa sebab.

“Ada kawan saya cakap mungkin dia buat fake news supaya dia punya platform TikTok banyak engagement, ramai orang akan like dan komen saya tak tahulah mungkin dia nak perhatian,” tambahnya lagi.
Nak timang cucu
Sementara itu, apabila disoal mengenai cahaya mata sendiri Angeline bagaimanapun berkongsi bahawa dia dan Sabri hanya memilih untuk menimang cucu.
“Tiada perancangan sebab kami pun sudah umur berapa, kami nak hidup tenang dan berteman sampai ke tua sahaja.

“Saya jaga anak yang dah ada sahaja lah. Saya hanya mintak dekat Allah bagi rezeki pada anak-anak kami yang dah kahwin untuk dapat anak-anak jadi kami boleh timang cucu,” ujarnya lagi.



Terdahulu, tular sebuah berita yang di TikTok, baru-baru ini yang mendakwa Angeline Tan mengandung sehingga ramai peminat yang ‘termakan’ dengan spekulasi tersebut.
Sabri Yunus bagaimanapun menerusi hantaran di Facebook akui berasa geli hati membaca berita yang tular itu.

Untuk rekod, Sabri dan Angeline bernikah pada 14 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Kangar, Perlis.
Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd. Yusuf pada 2007 akibat kanser.

Menerusi perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, manakala, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker