PRK Kuala Kubu Baharu: DAP belum pasti mahu angkat calon Melayu

PETALING JAYA: DAP belum memilih calon yang akan bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu, kata Setiausaha Agungnya, Loke Siew Fook susulan spekulasi parti itu akan meletakkan calon Melayu.

“Kami ada senarai calon yang disenarai pendek, tetapi buat masa ini, sesiapa pun boleh dipertimbangkan,” katanya selepas majlis memperingati mendiang Karpal Singh, bekas pengerusi DAP dan peguam terkenal, di Jaya One di sini.

Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Saripah Bakar disebut-sebut mungkin mewakili Pakatan Harapan pada 11 Mei ini.



Sumber memberitahu FMT, Saripah lebih popular dalam kalangan akar umbi berbanding nama lain.

Kuala Kubu Baharu ialah kerusi campuran, dengan 50% pengundi Melayu, Cina (30%) dan India (18%).

Kerusi itu diwakili Adun Cina sejak 2004, dengan penyandang untuk tiga penggal terakhir ialah Lee Kee Hiong daripada DAP, yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, sebagai penghormatan kepada bekas Ahli Parlimen Jelutong itu, parti itu akan melancarkan biasiswa Karpal Singh bagi bakal peguam daripada keluarga kurang berkemampuan.



“Bagi mengenang sumbangan dan legasinya, DAP akan mewujudkan biasiswa Karpal Singh dengan geran permulaan RM100,000 setahun buat pelajar undang-undang daripada latar belakang memerlukan.

“Kami akan tampil dengan mekanismenya kemudian, termasuk proses pemilihan dan cara menguruskan dana itu,” katanya sambil menambah biasiswa itu cara terbaik untuk menghormati legasi Karpal dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan menyertai perkhidmatan awam.

Beliau berkata. tiada syarat dikenakan kepada penerima biasiswa itu dan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dilantik mengetuai jawatankuasa biasiswa berkenaan.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker