Kerajaan seperti mempermainkan titah Agong – Ahmad Jazlan
Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata kerajaan seperti mempermainkan titah Yang di-Pertuan Agong jika benar ia enggan melaksanakan titah adendum agar bekas perdana menteri Najib Razak menghabiskan hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.
Ahmad Jazlan berkata dia memandang serius kandungan afidavit yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan responden enggan melaksanakan titah adendum tersebut.
“Perkara ini sangat serius kerana responden akan dilihat mempermainkan titah Agong, sekali gus menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dia merujuk perenggan 5(b) afidavit Ahmad Zahid yang menyatakan “saya sesungguhnya percaya bahawa asa permohonan pemohon (Najib) untuk semakan kehakiman adalah responden enggan untuk melaksanakan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan Agong…”
Afidavit itu difailkan Zahid bagi menyokong dakwaan Najib Razak berhubung dakwaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.
Permohonan semakan kehakiman Najib itu menamakan tujuh responden, iaitu menteri dalam negeri (tidak dinamakan), komisioner general penjara, peguam negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, menteri di jabatan perdana menteri (undang-undang dan reformasi institusi) yang tidak dinamakan, ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan.
Dia juga mendakwa telah membaca sendiri titah tersebut dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata dia telah melihat afidavit Ahmad Zahid dan mendakwa ada beberapa “kesilapan fakta” yang terkandung pada dokumen berkenaan.
“Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” katanya.
Jabatan Peguam Negara (AGC) pula berkata pihaknya akan memaklumkan berkaitan dakwaan kesilapan fakta tersebut kepada mahkamah.
Sementara itu, Ahmad Jazlan menggesa kerajaan agar menyatakan pendirian serta memberi penjelasan berkenaan perkara itu.
“Rakyat perlu tahu pendirian dan penjelasan kerajaan daripada sudut undang-undang serta takrifnya supaya tiada lagi pertikaian oleh semua pihak.
“Umno Kelantan kekal dengan pendirian Ahmad Zahid yang dengan seikhlasnya kekal memperjuangkan pembelaan sepenuhnya terhadap Najib,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]