Kematian pegawai kadet: Tapak tangan berdarah, mulut berbuih, dan terberak dalam bilik mandi – Saksi

Bekas pegawai kadet tentera laut memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa mulut mendiang J Soosaimanicckam berbuih, tapak tangan berdarah, dan badannya lebam sebelum meninggal dunia.

Christian Bernard Unto, 31, yang kini bekerja sebagai eksekutif kanan sebuah syarikat swasta, berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pegawai berpangkat leftenan muda dikenali sebagai R Rashwin meminta beliau membuka baju si mati semasa berada dalam tandas.

“Pada waktu itu, saya sedang bersiap-siap untuk pergi makan tengah hari dan apabila tiba di sana, saya melihat Soosaimanicckam tidak respons, tapak tangannya berdarah, mulut berbuih, dan dia terberak dalam bilik mandi.



“Walaupun dia tidak memberi respons, dia masih boleh berjalan ke (biliknya), dia kemudian duduk di katil…dia macam nak pengsan tetapi saya cuba bangunkan dia dan lap mulutnya yang berbuih.

“Saya tampar dia supaya dia respons tetapi dia tidak respons. Kemudian saya memanggil Rashwin untuk segera membawa mangsa ke Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut dan semasa angkat mendiang di lobi (kolej kediaman), dia (Soosaimanicckam) meninggal dunia,” katanya yang turut memaklumkan bahawa beliau tidak ke HAT bersama mangsa.

Saksi plaintif keempat itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Latheefa Koya yang mewakili S Joseph selaku plaintif dalam samannya terhadap 11 individu antaranya kapten dan pegawai tentera laut, panglima tentera laut, Majlis Angkatan Tentera Malaysia, menteri pertananan, dan kerajaan Malaysia.

Menurut Bernama, semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Nur Ezdiani Roleb, saksi itu tidak bersetuju bahawa keterangan yang menyatakan beliau melihat si mati dalam keadaan penat hanyalah dakwaannya.



Saksi plaintif kelima yang juga bekas pegawai kadet tentera laut, Sammy Danielle Anak Sitibun, 37, pula memaklumkan mahkamah bahawa Soosaimanicckam diberi latihan dua kali ganda dan diasingkan sekiranya tidak dapat membuat latihan kadet.

Menjawab soalan seorang lagi peguam plaintif iaitu Zaid Malek mengenai reaksi pegawai apabila Soosaimanicckam tidak boleh membuat latihan kadet, saksi itu yang kini bekerja di kedai buku, berkata pegawai berkenaan marah malah menengking mangsa supaya menyelesaikan latihan tersebut.

Zaid Malek: Dia diberikan latihan dua kali ganda, macam mana Encik Sammy boleh sahkan?

Sammy Danielle: Sebab saya boleh dengar pegawai jerit…tak boleh buat sepuluh kali, buat 20 kali.



Menerusi saman difailkan pada 19 Mei 2021, Joseph iaitu bapa mendiang mendakwa semua defendan cuai dengan tidak memberikan rawatan kecemasan sewaktu mangsa rebah pada hari kejadian, selain cuai memantau kesejahteraan serta kesihatan Soosaimanicckam ketika sesi latihan.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, dan ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Soosaimanicckam, yang merupakan pegawai kadet graduan, disahkan meninggal dunia di HAT Lumut pada 19 Mei 2018 dan Mahkamah Koroner Ipoh pada 2023 memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematiannya.

Koroner Ainul Shahrin Mohamad juga memutuskan punca kematian Soosaimanicckam adalah disebabkan edema pulmonari.



Perbicaraan di hadapan Hakim Idah Ismail bersambung 13 Mei.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker