Belasah isteri dengan barbell

Belasah isteri dengan barbell

SEORANG lelaki ditahan polis selepas menumbuk, menendang dan membaling isterinya dengan besi mengangkat piring angkat berat atau barbell di Kampung Tabanak, Lahad Datu, semalam.

Suspek berusia 36 tahun pernah berkahwin tujuh kali itu ditahan sepasukan polis bersama barbell jam 10.45 malam.



Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, siasatan mendapati kejadian itu adalah kali kedua suspek memukul mangsa berusia 26 tahun.

“Kali pertama berlaku pada Ahad lalu, apabila suspek mengamuk sebelum memukul mangsa dan anaknya sendiri dengan barbell dan membaling alat itu ke arah wanita terbabit.

“Akibat kejadian, mangsa lebam di badan dan kaki manakala anaknya sendiri cedera di rusuk kanan dan kaki,” katanya, hari ini.

Menurutnya, pada jam 7 petang, semalam, suspek sekali lagi mengamuk termasuk mengeluarkan kata-kata kesat.



“Akibat bimbang dicederakan, mangsa bersama anaknya melarikan diri dan membuat laporan polis.

“Berdasarkan laporan, polis ke rumah suspek dan berjaya berjaya menahannya termasuk merampas peralatan digunakan mencederakan mangsa.

“Lelaki ini bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Nasri berkata, siasatan lanjut mendapati, perkahwinan suspek bersama mangsa adalah perkahwinan ketujuh dan yang kedua bagi mangsa.



“Sebelum ini, mangsa mengakui suaminya pernah memukulnya tetapi tidak melaporkan kepada polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. HM

Belasah isteri dengan barbell

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker