Takkan nak jadi hero sampai usia 50 tahun

Takkan nak jadi hero sampai usia 50 tahun

Pelakon Remy Ishak menegaskan dia tidak pernah berasa terancam dengan lambakan bakat baharu hari ini.

Menurut Remy, 41, perasaan tergugat tidak pernah muncul dalam dirinya dan dia menganggap mereka berada pada kelas yang berbeza.



“Saya ambil contoh macam permainan bola sepak, ada Liga Perdana, ada Liga Super. Jadi, kami dalam liga yang berbeza sebenarnya, untuk apa kami mahu bersaing.

“Rasa terancam atau sebagainya tidak ada langsung, hakikatnya kehadiran generasi baharu ini yang akan menggantikan bakat lama. Saya dulu pun begitu juga, proses itu memang ada,” katanya.

Dalam pada itu, dia berkata, barisan pelakon muda pada hari ini layak untuk meraih pendapatan mahal kerana mempunyai demand yang tinggi daripada oara penonton.

“Sekiranya nama-nama disebut seperti Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Amir Ahnaf mendapat permintaan yang tinggi, memang wajar kerana sekarang zaman mereka.



“Saya pula ada level saya sendiri, mungkin sekarang lebih ke arah filem, platform penstriman atau OTT (over the top) dan sebagainya.

“Fasa itu memang ada kerana takkanlah saya nak jadi hero sampai umur 50 tahun?” katanya lagi.

Popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan, Remy tidak pernah belum merancang untuk meletakkan noktah bagi kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Masih banyak lagi watak yang saya mahu lakonkan. Saya pernah nak cuba keluar dari bidang seni dan buat benda lain tetapi tak boleh kerana sudah berasa seronok berlakon.



“Kalau sudah masuk dalam dunia hiburan ini, kita memang susah nak berhenti,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Remy bakal muncul dengan filem baharu berjudul The Experts arahan Andre Chiew dan Nazim Shah.

Selain Remy, filem itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Maya Karin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana. K Online

Takkan nak jadi hero sampai usia 50 tahun



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker