3 stesen LRT disambar petir

 

PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang beroperasi dengan kekerapan tren terhad kerana tiga stesennya berdepan gangguan bekalan kuasa akibat disambar petir petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan tiga stesen itu ialah Kelana Jaya, Taman Bahagia dan Taman Jaya.

“Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 3.30 petang mengakibatkan tren tambahan dari Depoh LRT Subang tidak dapat digerakkan untuk kegunaan operasi waktu puncak.

“Susulan daripada gangguan ini, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya beroperasi dengan kekerapan tren empat hingga lima minit,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, beberapa fasiliti seperti eskalator, lampu dan lif di Stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia dan Taman Jaya tidak dapat berfungsi.

Syarikat itu berkata, kerja baik pulih giat dijalankan jurutera Rapid Rail dan perkembangan lanjut akan dalam kenyataan media susulan serta platform media sosial Rapid KL.

“Anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di platform serta ruang legar stesen bagi membantu pergerakan penumpang. Pengumuman di platform juga dijalankan secara berterusan.

“Rapid Rail memohon maaf atas kelewatan serta kesulitan dialami penumpang dan kami amat menghargai kesabaran anda.”

Ia menyarankan pengguna menggunakan laluan rel alternatif LRT KL Sentral kepada Transit Aliran Massa (MRT) Muzium Negara dan Monorel KL Sentral, LRT Dang Wangi kepada Monorel Bukit Nanas, LRT KLCC kepada MRT Persiaran KLCC dan LRT Ampang Park kepada MRT Ampang Park.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker