Nadir Al-Nuri dedahkan PM Anwar adalah watak utama ‘misi gila’ di Palestin [VIDEO]

“Watak utama dalam ‘misi gila’ ini adalah Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri!”

Demikian luahan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang menzahirkan rasa syukur di atas kepulangan keluarga dari Palestin ke pangkuannya.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, kisah bermula apabila beliau sempat maklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby bahawa keluarganya terkandas di Rafah.



Menurut Muhammad Nadir, Ahmad Sani hanya sempat membelek kiriman dan memberikan respon ringkas bahawa beliau akan bantu sebelum terus menaiki kenderaan ke majlis seterusnya.

“Hati saya mula luluh, mungkin itu bahasa orang politik saja, namun dalam surat, ada saya akhiri ayat dengan ‘kepada ALLAH jualah kami berserah’. Saya langsung tawakal dan dan serahkan segalanya kepada ALLAH.

“Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini,” katanya pada Isnin.

Tambah beliau, sejak awal peperangan, Ahmad Farhan kerap menjemputnya ke pejabat di Putrajaya dan sering bertanyakan perihal keadaan keluarga serta perkembangan di Gaza.



Bagaimanapun, Muhammad Nadir berkata, ketika Ahmad Farhan menghubungi pada 29 Ramadan itu, nadanya berbeza dan beliau turut memaklumkan untuk ke satu lokasi khas, namun hanya dibenarkan hadir bersama Ahmad Sani sahaja.

“Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie. Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan.

“Saya sudah biasa melalui perang di Gaza, melihat kehilangan dan air mata serta cekalnya kehidupan tetapi misi ini saya katakan ‘Misi Gila’ kerana bukan mudah untuk mengeluarkan keluarga saat bedilan roket serta hentaman bom bertali-arus malah ketegangan di sempadan berlanjutan.

“Bagaimanapun, secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana, ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” kongsinya.



Ujar Muhammad Nadir, proses membawa pulang keluarganya itu cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1,001 cabaran tersirat, namun tidak semua beliau berhak untuk kongsikan.

“Untuk Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Dr Ahmad Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini sama ada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

“Semoga ALLAH sahaja membalas jasa kalian semua,” katanya.

Pada 11 April, media melaporkan Muhammad Nadir akhirnya dapat menyambut lebaran bersama keluarganya di Malaysia selepas terkandas di Palestin ekoran serangan rejim Zionis.



Menurutnya begitu banyak usaha yang dijalankan pelbagai pihak untuk membawa keluarga dari Palestin pulang ke tanah air.

“Selepas usaha panjang, akhirnya kami disatukan. Perbincangan beberapa bulan, pendapat ramainya ulama dan paling penting doa kalian.

“Banyak yang perlu kami ceritakan, hero yang perlu kami dendangkan tetapi buat masa ini biarlah kalian beraya sehingga esok lusa,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker