Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
Wanita UMNO menggesa kerajaan dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap hantaran pemilik akaun Facebook bernama “Hezry Yasin” dipercayai seorang pemimpin muda sebuah parti politik kerana memuatnaik hantaran berunsur fitnah dan menghina institusi diraja.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hantaran yang memperlekehkan institusi raja-raja dan kesucian agama Islam di negara ini.
“Kenyataan yang dibuat itu jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara dan mampu menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
“Justeru, Wanita UMNO Malaysia menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu tersebut supaya kenyataan tidak menghormati institusi raja-raja ini tidak menjadi budaya di negara ini,” kata Noraini dalam satu kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini tular kenyataan “Hezry Yasin” yang mengatakan beliau tidak menadahkan tangan ketika bacaan doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja semasa khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.
Pemilik akaun tersebut turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahankan Islam ketika agama diancam.
Mengulas lanjut, Noraini berkata, tindakan tegas terhadap “Hezry Yasin” amat penting sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya lebih peka dan bertanggungjawab dalam mengulas isu-isu sensitif atau berkaitan 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Raja- Raja).
“Bulan Syawal ini adalah masa untuk bermaafan bukan untuk mencetus suhu panas politik.
“Justeru Wanita UMNO menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus menjaga perpaduan dan keharmonian demi kesejahteraan negara,” kata Noraini lagi.
Untuk rekod, Ketua Polis Daerah Seri Alam Suptendan Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Berdasarkan perkongsian di media sosial, individu berkenaan yang dikenali sebagai Hezry Yasin didakwa sebagai Pengarah Media Baharu Pemuda Pas Selangor. MG
Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Zahid dedah Touch n Go paksa isteri minta maaf (Video)
- Diperas ugut polis, lelaki ini pura-pura jatuh sakit
- Ruhainies sudah kahwin?
- Muaz Zabir buka mulut akui kesilapan
- JAKIM beri peringatan tegas kepada Vern’s
- Rita Rudaini beruntung, peminat sanggup lantik peguam untuknya
- https://mykmu.net/2024/04/08/syafiq-kyle-tracie-laga-pipi-peminat-panas-hati/
- Makan ubi kayu ganti nasi satu kenyataan angkuh orang politik – Shahir
- The Rock menang selepas sedekad tidak beraksi
- Suami isteri mengaku tak salah miliki senjata berkait kes warga Israel
- Suspek tembak anggota APMM dikenal pasti – KPN
- Safee Sali mahu Harimau Malaya bertegas, “Kalau padang tak elok jangan main!”
- Perdagang wanita untuk seks, ibu dan anak didakwa bersama
- Zaquan Adha buat laporan polis terhadap Rita Rudaini
- Lagu Raya ‘Legend’ Ini Rupanya Dinyanyikan Penyanyi Berbangsa India (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”