Kes tembakan di KLIA adalah cubaan bunuh isteri

KUALA LUMPUR: Bunyi tembakan yang menggemparkan pengembara dan kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi tadi dipercayai cubaan bunuh terhadap seorang wanita tempatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian berlaku di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 pada jam 1.15 pagi.

“Seorang lelaki tempatan dipercayai melepaskan tembakan ke arah wanita yang juga isterinya.



“Tembakan itu bagaimanapun mengenai orang awam lain dan suspek kemudiannya melarikan diri,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Hussein menolak kaitan insiden itu dengan isu pengganas, ekstremis mahupun gangguan awam, sebaliknya ia berkaitan perselisihan antara suami isteri.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan usaha memburu lelaki itu yang dipercayai melarikan diri ke utara tanah air sedang giat dijalankan.

“Ketika kejadian, suspek melepaskan dua das tembakan dan salah satu (tembakan) itu mengena mangsa. Dia cedera di perut,” katanya yang tidak mengulas lanjut kecederaan mangsa yang juga pengawal peribadi wanita berkenaan.



Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati suspek didakwa mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah, apabila tembakan itu tersasar.

“Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh dan Akta Senjata Api,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa klip video memaparkan suasana cemas dipercayai berhubung kes itu yang meminta orang ramai yang berada di KLIA1 supaya berhati-hati.

Seorang wanita dipercayai berada di lokasi ketika kejadian memuat naik hantaran di Facebook, mendakwa mangsa yang terkena tembakan adalah pengawal peribadinya.



Dalam hantaran sama, individu itu memaklumkan sudah membuat laporan polis dan satu kenyataan rasmi akan dibuat berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker