Syasya tinggalkan Dolla

Syasya tinggalkan Dolla

Kumpulan Dolla mengumumkan pengunduran salah seorang anggotanya, Syasya.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia hari ini, pengunduran Syasya atau nama sebenarnya, Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, adalah atas sebab peribadi.



Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, mereka menghormati keputusan Syasya dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Walaupun berat hati menerima keputusan Syasya, kami tetap menghormati pendiriannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya,” katanya.

Sementara itu, tiga anggota Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby tetap akan meneruskan perjuangan seni meskipun tanpa kkehadiran sahabat mereka itu.


Baca Artikel Menarik:

Ruhainies sudah kahwin?


“Sudah tentu kami berasa sedih dengan keputusan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa juga berlaku,” ujar Tabby.

Bagi Sabronzo, mereka tetap akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan sebagai satu kumpulan.



Baru-baru ini, Dolla dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu program baharu di China berjudul Show It All yang menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif.

Dolla ditubuhkan pada 2019 mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama, DOLLA Make You Wanna yang dilancarkan pada 2020.

Sehingga kini, pemenang trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu sudah mengeluarkan enam single solo, termasuk Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023. BH

Syasya tinggalkan Dolla

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



 

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker