Rossa Serra jadi penyondol, bercinta dengan suami orang?

Bekas isteri Shuk Sahar didakwa merosakkan rumah tangga orang.

Rossa Serra jadi penyondol, bercinta dengan suami orang?

BEKAS isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Serra didakwa menjadi penyondol atau pihak ketiga dalam perkahwinan seorang wanita dengan suaminya.

Menerusi pendedahan yang dibuat oeh pengguna akaun Instagram @jannalis4_ yang dipercayai rakan kepada wanita itu berkata, mereka sudah memberi amaran kepada Rossa untuk berhenti menganggu rumah tangga orang lain.



“Saya nak beritahu kepada semua, Rossa Serra bercinta dengan suami orang. Dah banyak kali peluang diberikan untuk berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi Rossa Sera masih melayan.

“Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari. Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi,” dedahnya di Instagram Story.

Tambah individu itu lagi, dia ada bertemu dengan Rossa dan berjanji untuk tidak lagi menghubungi suami rakannya.

Bagaimanapun, individu itu memberitahu bahawa jaminan berkenaan adalah tidak benar dan sekadar mahu menutupi mata isteri sah.



“Percintaan Rossa Serra dengan suami orang bersambung di game ya. Sampainya hati awak Rossa Serra. Satu Malaysia kena tipu. Patutlah asyik sorok muka lelaki tu. Tu laki orang! Tunang tu propa.

“Sikit langkah lagi anda sudah menghancurkan rumah tangga orang. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas segala perbuatan kamu.

“Dan semalam di depan isteri sah dan anak-anak, si suami memilih Rossa Serra berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Serra. Semoga Allah sahaja yang membalas semua ini,” ujarnya

Pada masa sama, individu itu turut berkongsi paparan skrin bukti-bukti Rossa dan suaminya masih lagi menjalinkan hubungan cinta dibelakangnya.



Malah, dalam hantaran lain, wanita itu turut memuat naik tangkap layar perbualan menerusi WhatsApps antara Rossa dan individu terbabit.

“Apa pula plan kamu ni Sera? Jangan cuba untuk putar belit cerita dan keadaan. Kau mengada apa dengan laki orang tu?Apa yang kau takutkan sangat? Sebab dah salahkan?

“Ini namanya kau ugut! Kau yang kacau, kau yang menggelibas tak tentu arah! Dah terlampau banyak isteri orang tu mengalah sebelum ini. Sikit pun korang tak kesian!

“Kau yang salah! Lepas itu kau acah-acah yang tersakiti padahal kau penyondol! Kau perempuan paling jahat suka mengadu domba! Tergamak kau ya! Kalau korang semua tengok keadan isteri dia sekarang mesti korang terkejut!,” dedah pemilik akaun itu lagi. Utv



Rossa Serra jadi penyondol, bercinta dengan suami orang?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker