Kerajaan perlu dedahkan rahsia perjanjian konsesi PJD Link

Seorang wakil rakyat PKR menyeru Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) nyah rahsia perjanjian konsesi lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), selepas projek itu dihidupkan semula.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, berkata perjanjian konsesi itu wajar dibuka kepada orang awam kerana penduduk berhak tahu kesan pada kehidupan mereka.

Katanya lagi, pengguna kenderaan juga harus tahu tentang kadar tol yang dicadangkan.

Lee berkata beliau sendiri hanya tahu sedikit maklumat tentang projek itu, manakala pertanyaannya di Dewan Rakyat dijawab dengan jawapan yang samar dan tidak memuaskan.

Katanya, akses kepada dokumen perjanjian itu penting agar para wakil rakyat, pakar, dan warga yang berkenaan boleh terlibat dalam dialog secara bermakna dan membuat keputusan berdasarkan fakta.

“Perundingan tanpa pendedahan maklumat yang penting akan jadi tidak bermakna,” katanya.

Lee membuat seruan sama di Dewan Rakyat pada Mac, namun diberitahu oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan bahawa kerajaan terikat dengan klausa kerahsiaan dalam perjanjian konsesi itu, menyebabkan sukar untuk menyahrahsiakan maklumat.

Menteri Besar Amirudin Shari pada 24 Feb lepas menyeru pemaju lebuh raya itu runding semula jajaran projek dengan kerajaan persekutuan.

Katanya, pentadbirannya menerima laporan penilaian impak sosial daripada pemaju yang menyatakan penduduk di Taman Medan dan Kinrara mahu lebuh raya itu, tetapi penduduk di tempat lain membantah.

PJD Link akan menghubungkan utara dan selatan Petaling Jaya, melalui Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya city centre, Taman Dato’ Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Taman Teknologi Bukit Jalil.

Cadangan pembinaan lebuh raya itu telah diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada November 2017.

Pada September 2020, kerajaan negeri turut meluluskan projek itu secara prinsip, tertakluk kepada penerimaan laporan penilaian impak.

Tahun lalu, Amirudin dilaporkan berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan projek PJD Link.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker