Umno Selangor jawab dakwaan Zafrul

Umno Selangor jawab dakwaan Zafrul

Beberapa pemimpin Umno Selangor menafikan dakwaan Tengku Zafrul Aziz bahawa usaha kebangkitan parti di negeri itu ‘hambar’ berbanding di peringkat pusat yang giat dibuat Presiden Zahid Hamidi.

Mereka berpendapat Umno Selangor di bawah Megat Zulkarnain Omardin yang juga setiausaha politik Zahid dilihat berjalan baik termasuk banyak mengadakan program untuk meyakinkan kembali penyokongnya.



Ahli jawatankuasanya Jamal Yunos berkata segala aktiviti dan strategi Umno negeri itu dibuat seiring dengan pusat, berbeza dakwaan dibuat Zafrul dalam kenyataan mengumumkan peletakan jawatan sebagai bendahari Umno Selangor, hari ini.

“Politik Umno Selangor kebanyakan bergantung kepada politik di pusat, sebagai antara orang lama di kalangan ketua bahagian saya lihat ketua (Megat Zulkarnain) mengambil banyak langkah proaktif berbanding ketua sebelum ini.

“Beliau jaga ahli, buat program yakinkan kembali dan gerakkan banyak lagi strategi yang kita tak boleh dedah,” katanya kepada FMT sambil menafikan wujud pergolakan dalam Umno Selangor dan menyifatkan keputusan Zafrul atas sebab peribadi kerana ingin tumpu kepada tugas menteri pelaburan, perdagangan dan industri.

Hari ini, Zafrul meletak jawatan bendahari Umno Selangor bagi memberi laluan kepada individu boleh menyumbang lebih efektif terhadap kebangkitan parti di negeri itu. Namun beliau kekal ketua Umno Kota Raja serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi.



Menurutnya, ketika dilantik bendahari Umno negeri pada April tahun lalu, matlamat utamanya ialah menyumbang kepada kebangkitan parti di Selangor.

Zafrul turut mendakwa kebangkitan Umno di Selangor hambar serta tidak sehaluan dengan tema di peringkat pusat.

Ketua Pemuda Umno Selangor Imran Tamrin turut menolak kemungkinan wujud pergolakan dalaman susulan pengumuman Zafrul itu.

“Semua berjalan seperti biasa, mungkin itu keputusan peribadinya,” katanya. FMT



Umno Selangor jawab dakwaan Zafrul

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk



Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024



‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker