Tak perlu ‘apologetik’ bicara agenda bumiputera – Zahid

Tak perlu ‘apologetik’ bicara agenda bumiputera – Zahid

Tidak perlu “apologetik” bagi membicarakan agenda-agenda besar bumiputera kerana ia tidak meminggirkan atau menindas hak kaum-kaum lain.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, berkata kaum bumiputera sentiasa menghormati kontrak sosial yang menjadi asas keharmonian negara.



“Kita tidak perlu “apologetic” untuk membicarakan agenda-agenda besar bumiputera kerana kita tidak pernah meminggirkan atau menindas hak kaum kaum lain.

Malah santunnya bumiputera sentiasa menghormati kontrak sosial yang menjadi asas keharmonian negara,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

KEB2024 berlangsung hari ini dan akan dirasmikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 2 Mac nanti.

KEB2024 bertemakan Positif, Progresif dan Inovatif, anjuran Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).



Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata sepanjang kongres tiga hari ini dan siri-siri libat urus yang telah diadakan sebelum ini sudah pasti mendengar pelbagai masalah dan kelemahan Bumiputera telah dan akan dibangkitkan.

“Sementara kita mengakui kelemahan baik di peringkat Kerajaan mahupun pelaksanaan, apa yang lebih penting ialah bagaimana kita mahu bergerak ke hadapan.

“Kesilapan dan kelemahan dahulu, adalah suatu pengajaran. Menangisi atau meratapi bukanlah jawapannya.

“Sebaliknya bangkit semula daripada kelemahan dan kesilapan lalu dengan tekad yang baharu, adalah semangat yang sepatutnya diangkat melalui Kongres kali ini,” katanya lagi. Mk



Tak perlu ‘apologetik’ bicara agenda bumiputera – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby



RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker