Dewan Rakyat belum terima usul undi tak percaya terhadap PM
Dewan Rakyat belum terima usul undi tak percaya terhadap PM
Dewan Rakyat setakat ini belum menerima sebarang usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim daripada pembangkang, 14 hari menjelang pembukaan sidang Parlimen pada 26 Feb depan.
Mengesahkan perkara itu kepada FMT, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul turut menjelaskan menjadi hak untuk mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan usul yang akan diteliti pejabatnya.
“Kita ikut perlembagaan dalam peraturan mesyuarat, itu hak dia (nak kemuka). Kalau dia rasa nak masukkan (usul), dia boleh masuk, atau cuma retorik nak buat kenyataan politik terpulang pada dia… saya tak terlibat.
“Kalau (usul) masuk saya proses, kalau tak masuk saya tak buat apa-apalah,” katanya.
Pada 10 Jan lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menggesa Perikatan Nasional (PN) segera mengemukakan usul tidak percaya terhadap Anwar menjelang sidang Dewan Rakyat 26 Feb ini.
Menurut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, Ahli Parlimen dibenarkan memfailkan notis usul dalam tempoh 14 hari sebelum sidang diadakan. Usul itu kemudian akan dimasukkan dalam aturan mesyuarat pada hari persidangan.
Jika tempoh masa 14 hari itu tidak dipenuhi, ahli Dewan Rakyat masih boleh memfailkan usul tergempar dalam soal membabitkan kepentingan awam, sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sidang.
Gesaan untuk menguji keabsahan Anwar itu susulan dakwaan presiden PKR terbabit tiada majoriti mudah 112 sokongan Ahli Parlimen, merujuk kepada gerakan Langkah Dubai.
Beberapa media melaporkan kewujudan perbincangan yang didakwa berlangsung di Emiriah Arab Bersatu antara pemimpin pembangkang dan wakil rakyat kerajaan tertentu bertujuan menjatuhkan pentadbiran Anwar.
Anwar sebelum ini dilaporkan berkata pembangkang tiada kekuatan untuk meneruskan usaha menjatuhkan kerajaan pimpinannya termasuk mengemukakan usul di Dewan Rakyat, sebaliknya terus memainkan propaganda mengaburi penyokongnya. FMT
Dewan Rakyat belum terima usul undi tak percaya terhadap PM
Baca Artikel Menarik:
- Ali Puteh terpalit dengan tuduhan makan duit anak yatim
- DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful
- Rakyat meluat dengar formula, alasan Rafizi
- 15 tahun hidup tanpa suami
- Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah
- Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
- Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin
- Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres
- ‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]
- Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan
- Lelaki warga Singapura pecahkan cermin kereta akhirnya dicekup
- Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat
- Serangan besar-besaran Zionis di Rafah, Malaysia kecam Israel sekerasnya
- Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB
- Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut
Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua
Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin
Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap