Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
Ekoran kontroversi permohonan pengiktirafan dunia terhadap perkampungan masyarakat Cina, Pemuda Umno memberitahu mereka menawarkan ‘pembelajaran sejarah’ buat menteri yang berkenaan.
Ketuanya, Dr Akmal Saleh, berkata pada dasarnya sayap parti Umno itu tidak beranggapan perlu ada pertemuan di antara pihaknya dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
“Tiada apa yang perlu dibincangkan lagi. Tiada keperluan untuk cadangan ini dan fullstop (noktah).
“Jika nak jumpa (juga) boleh, tetapi kami nak ajar YB menteri (Nga) mengenai sejarah Tanah Melayu dan Perlembagaan Malaysia sekali,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Akmal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nga mengenai isu pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) terhadap Kampung Baru Cina di Selangor.
Sebelum ini kementerian terbabit dilaporkan mahu mengemukakan cadangan agar pertempatan berkenaan mendapat perakuan Tapak Warisan Dunia oleh Unesco.
Bagaimanapun langkah tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dengan sesetengahnya menentang.
Ia mendorong Nga menyatakan kesediaan untuk bertemu bagi menjelaskan isu tersebut.
“Kami menjemput mereka untuk bertemu supaya kita boleh berbincang dan memahami fakta supaya mereka tidak diperdaya oleh pembangkang,” kata Nga dipetik New Straits Times.
Kenyataan dibuat Akmal bagi pihak Pemuda Umno Malaysia itu adalah antara reaksi terbaru dibuat Umno.
‘Jika YB setuju, lets find a date (mari cari satu tarikh yang sesuai),” kata Akmal lagi.
Sebelum ini bantahan Umno turut disuarakan setiausaha agung parti itu, Asyraf Wajdi Dusuki.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pula mendakwa cadangan dikemukakan Nga tidak pernah dibincangkan dengan Umno. Mk
Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
Baca Artikel Menarik:
- Kahwin senyap-senyap, satu sen hartaku tak akan dapat
- Tak suruh cerai pun – Abby Abadi
- Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya
- Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?
- Petisyen enakmen jenayah syariah, ini penjelasan Ketua Hakim Negara
- Kerajaan Kelantan tewas, 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan
- Kereta menteri ikut rapat ambulans, pemandu disoal siasat Polis
- Kumpul dokumen harta 43 tahun, Mokhzani dan Mirzan mahu SPRM bersabar
- Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual
- Daim disyaki ada banyak lagi harta belum diisytihar – SPRM
- Elvina Mohamad kena tindih
- Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali
- Reaksi Abby Abadi mengenai pernikahan Marissa di Thailand
- Peguam Najib dedahkan Lembaga Pengampunan dan Agong berbeza pendapat
- Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.