Orang awam Israel tonton, rakam tahanan Palestin didera tentera sambil ketawa

Orang awam Israel tonton, rakam tahanan Palestin didera tentera sambil ketawa

Rakyat Palestin di pusat tahanan dan penjara bukan sahaja berdepan penyeksaan fizikal dan mental daripada tentera Israel, malah diaibkan di hadapan orang awam yang dibenar menyaksikan mereka didera dengan cara memalukan.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med), tahanan Palestin yang baru dibebaskan melaporkan tentera Israel mempelawa orang awam ketika sesi soal siasat untuk menyaksikan penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan.

Orang awam juga dibenarkan merakam penyeksaan dan layanan buruk ke atas tahanan Palestin di telefon masing-masing.

Tahanan yang dibebaskan memberitahu Euro-Med bahawa tentera Israel sengaja meletakkan mereka di hadapan orang awam Israel dan mendakwa mereka adalah pejuang yang bergabung dengan puak bersenjata Palestin dalam serangan 7 Oktober ke atas bandar Israel di sempadan Gaza.

Menurut keterangan diterima Euro-Med, kira-kira 10 hingga 20 orang awam Israel pada satu-satu masa dibenarkan menonton dan sambil ketawa merakam tahanan yang hanya memakai seluar dalam, manakala tentera Israel melakukan penderaan fizikal termasuk memukul dengan kayu besi, kayu elektrik dan menuang air panas ke atas kepala mereka, selain didera secara lisan.

Menurut Euro-Med, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan tentera Israel terhadap tahanan Palestin tidak dibenarkan di bawah Statut Rom dan jenayah kemanusiaan.

Tindakan tentera terhadap penderaan sebagai hiburan untuk orang awam Israel dan kemudiannya mengambil gambar mangsa adalah satu pencabulan besar terhadap maruah individu serta melakukan jenayah perang.

Euro-Med menyifatkan ia adalah pendekatan membalas dendam yang termasuk dalam rangka mempromosikan propaganda palsu Israel, mengekalkan keadaan ekstremisme, menyemarakkan kebencian dan mengapi-apikan pendapat umum Israel untuk menghasut lebih banyak jenayah dan pencabulan hak terhadap rakyat Palestin.

Euro-Med juga menegaskan sebahagian besar daripada mereka yang ditahan di Gaza dikenakan penahanan sewenang-wenangnya tanpa didakwa atau dibawa ke muka pengadilan.

Justeru, Euro-Med menggesa Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah untuk memeriksa pusat tahanan dan penjara Israel yang menahan tahanan Palestin, menyiasat pelanggaran dan jenayah serta berusaha mendedahkan keadaan ini dengan segera.

Agensi itu juga menegaskan bahawa ia adalah pelanggaran terang-terangan terhadap konvensyen dan piawaian antarabangsa, terutamanya Konvensyen Geneva Keempat 1949, yang melarang pihak berkuasa pendudukan memindahkan tahanan dari wilayah yang diduduki ke kemudahan tahanan di wilayahnya juga. BH

Orang awam Israel tonton, rakam tahanan Palestin didera tentera sambil ketawa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker