Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin

Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin

Perasaan kurang senang dengan pimpinan, mungkin boleh menyebabkan luka perpecahan dalam Bersatu semakin ‘membengkak’ menjelang pemilihan parti, kata penganalisis, meskipun dinafikan timbalan presidennya Ahmad Faizal Azumu.

Sabtu lalu, Faizal atau lebih dikenali Peja menegaskan tiada kem dalam Bersatu, mengulas dakwaan perpecahan dalam parti itu sehingga ada pemimpin utamanya dikatakan “merisik jawatan” dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat Bersatu tidak boleh memandang enteng dakwaan kewujudan kumpulan menyokong pemimpin tertentu yang kini tersebar media sosial. Katanya, ia mungkin berpunca rasa tidak yakin hala tuju Bersatu di bawah Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, walaupun tidak parah, namun ada penyokong dilihat kurang berpuas hati dengan bekas perdana menteri itu yang seolah-olah tiada motivasi dan tidak berpandangan jauh mengemudi Bersatu, berbanding PAS yang semakin hari semakin kuat dengan mentadbir empat negeri.

“Ini menggusarkan sehingga ada Ahli Parlimen Bersatu sokong kerajaan, sebab itu tidak hairan timbul beberapa kem yang membayangkan siapa presiden pada pemilihan nanti… walaupun Muhyiddin kata akan pertahan kedudukannya tetapi saya jangka ini tidak berlaku.

“Muhyiddin (mungkin) tak pertahan kerana sokongan hanya di kalangan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang desak beliau kekal, tetapi kalau lihat perjalanan Bersatu sekarang kita tahu masalahnya,” katanya kepada FMT.

“Jadi timbul beberapa kem demi menonjolkan siapa presiden akan datang, yang menang akan jadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) menang PRU16.”

Kata Azmi, untuk PN menang dalam PRU16, Bersatu memerlukan perubahan pucuk pimpinan termasuk presiden untuk membawa semangat dan nafas baharu, sambil menamakan Hamzah Zainudin antara individu boleh memainkan peranan berkenaan.

Bagaimanapun, setiausaha agung Bersatu itu dikatakan tidak layak dari segi perlembagaan parti untuk bertanding lima jawatan tertinggi termasuk presiden, yang terbuka kepada ahli yang menganggotai MPT sekurang-kurangnya dua penggal penuh.

Hamzah dilantik ke jawatan setiausaha agung pada Mac 2020 dan mengekalkannya selepas pemilihan parti empat bulan kemudian.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berpendapat pimpinan Bersatu perlu menamatkan segera khabar angin perpecahan yang boleh melemahkan parti terutama pada pemilihan parti akan datang.

“Bersatu juga perlu meminda segera perlembagaan selaras Akta Anti Lompat Parti supaya tiada lagi wakil rakyat berpaling tadah yang menyumbang ketidakstabilan serta memberi imej negatif kepada PN,” katanya.

Bersatu dijangka mengadakan pemilihan MPT dan bahagian pada tahun ini dengan tumpuan kepada kerusi presiden dan timbalannya yang akan membayangkan calon perdana menteri PN, seperti ketika PRU15 apabila Muhyiddin dicalon ke jawatan itu. FMT

Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker