Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan

Kakitangan hospital terkejut apabila motosikal dipandu Gupta tiba di wad kecemasan.

Seorang lelaki mencetuskan kekecohan di sebuah hospital di bandar Satna, negeri Madhya Pradesh apabila membawa masuk datuknya ke dalam wad kecemasan dengan menaiki sebuah motosikal.

Portal berita India Today melaporkan, lelaki bernama Deepak Gupta itu ialah pekerja unit sumber luar Hospital Daerah Sardar Vallabhbhai Patel.

Gupta membawa datuknya, Moti Lal Gupta dengan menaiki motosikal ke dalam wad kecemasan sambil dibonceng seorang lagi individu pada Sabtu minggu lalu.

Hospital itu dilengkapi pengusung dan pelbagai kemudahan lain, manakala tindakan Gupta masih disiasat oleh pihak pengurusan.

Pegawai Perubatan Serantau, Sharad Dubey berkata: “Seorang pengawal memaklumkan saya tentang kejadian semalam (Sabtu lepas).

“Memandangkan dia pekerja sumber luar, saya akan mendapatkan maklum balas daripada majikannya.

“Saya rasa dia tergesa-gesa dan tidak melakukan perbuatan itu dengan sengaja,” katanya. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker