Pembatalan Enakmen Syariah Kelantan: ‘Semoga keputusan ini membawa lebih banyak perkara positif’
Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman, berharap lebih banyak perkara positif akan berlaku susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan pindaan undang-undang jenayah Syariah Kelantan.
Menyatakannya menerusi entri di X, Tengku Yasmin Nastasha, 26, berkata pihaknya menyedari ada usaha untuk menyelaraskan undang-undang syariah di negara ini.
“Harapannya, banyak perkara positif muncul susulan petisyen kami dan kepada rakyat Malaysia, saya harap anda menghargai kemenangan kecil kami,” katanya.
Tengku Yasmin dan ibunya, peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, mengemukakan petisyen pada 25 Mei 2022 bagi mencabar 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.
Dua peruntukan yang kekal (Berperlembagaan) dalam senarai itu adalah menjual atau memberikan anak kepada bukan Muslim atau Muslim yang tercemar akhlak (Bahagian 13) dan perkataan yang mampu mengganggu keamanan (Bahagian 30).
Panel sembilan hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8 -1 memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen Nik Elin Zurina dan anaknya selaku pempetisyen bagi mencabar peruntukan enakmen itu.
Tengku Yasmin mengakui tidak cukup tidur dan tidak mempunyai selera makan sejak empat hari lalu.
“Memang keputusan 8-1 memihak kepada petisyen kami, namun saya tidak berasa ia terbaik.
“Agak menyedihkan kerana wujud salah tafsir yang dirancang pihak tertentu dengan memutar-belit hakikat sebenar usaha kami,” katanya.
Mengimbau tempoh enam bulan lalu, Tengku Yasmin berkata, ketika pertama kali kes itu ditularkan peguam berkaitan dengan parti politik tertentu, dua beranak itu menerima ancaman bunuh dan takfir (sikap seseseorang yang mudah menuduh orang lain keluar dari Islam) daripada golongan tertentu.
“Penulisan beliau (Nik Elin) sebelum ini dimanipulasi dengan sangat teruk, diambil daripada konteks untuk menggambarkan beliau sebagai liberal.
“Pemalsuan karakter yang dilakukan dengan sengaja dirancang untuk memenuhi kehendak tertentu, mencerminkan sejauh mana musuh merendahkan usaha kami,” katanya.
Tengku Yasmin berkata, adalah penting untuk diketahui bahawa usaha mereka hanya berniat untuk mematuhi proses sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang.
Beliau menegaskan mereka tidak menerima dana luar bagi proses terbabit walaupun dituduh berbuat demikian.
“Semua kos berkaitan ditanggung secara peribadi, melambangkan integriti dan kemandirian usaha kami,” katanya.
Beliau berkata, kempen yang dilancarkan pihak tertentu menggambarkan mereka sebagai ancaman terhadap kesucian Islam di negara ini.
“Petisyen kami hanya mahukan semakan kehakiman oleh Mahkamah Persekutuan untuk menentukan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) melampaui kuasa Perlembagaannya, satu prinsip yang terkandung dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
“Sayangnya, lawan kami menggunakan serangan ‘ad hominem’ (penentangan terhadap manusia), menyerang ibu saya dan cuba mengaitkan kes kami dengan kuasa Raja-Raja Melayu.
“Tindakan itu bukan sahaja salah tetapi juga mencerminkan rancangan sinis untuk memesongkan kebertanggungjawaban kepada institusi yang paling kami hormati.
“Izinkan saya mengulangi dengan tegas kesetiaan dan penghormatan saya yang tidak berbelah bahagi kepada orang Melayu,” katanya.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan podcast New Straits Times ‘Beyond the Headlines’ yang disiarkan semalam, Nik Elin mendedahkan menerima beberapa ancaman bunuh atas cabarannya terhadap peruntukan di bawah undang-undang Syariah Kelantan.
Sehubungan itu, Nik Elin membuat tiga laporan polis mengenai ancaman berkenaan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kahwin senyap-senyap, satu sen hartaku tak akan dapat
- Tak suruh cerai pun – Abby Abadi
- Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya
- Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?
- Petisyen enakmen jenayah syariah, ini penjelasan Ketua Hakim Negara
- Kerajaan Kelantan tewas, 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan
- Kereta menteri ikut rapat ambulans, pemandu disoal siasat Polis
- Kumpul dokumen harta 43 tahun, Mokhzani dan Mirzan mahu SPRM bersabar
- Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual
- Daim disyaki ada banyak lagi harta belum diisytihar – SPRM
- Elvina Mohamad kena tindih
- Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali
- Reaksi Abby Abadi mengenai pernikahan Marissa di Thailand
- Peguam Najib dedahkan Lembaga Pengampunan dan Agong berbeza pendapat
- Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.