Perisik beri amaran, kemajuan peluru berpandu China terbang lebih 10,000 kilometer sejam dan sukar dipintas

LONDON – Beberapa pegawai perisikan memberi amaran bahawa China mencapai kemajuan drastik dalam teknologi peluru berpandu hipersonik sehingga mampu mengelakkan senjata tersebut daripada dipintas.

Akhbar Daily Express melaporkan, peluru berpandu balistik DF-17 dan DF-27 milik China mencapai kelajuan 10,460 kilometer sejam.

Senjata itu menimbulkan ancaman besar kepada aset ketenteraan termasuk kapal perang utama Britain, HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales.



Kebimbangan terhadap misil tergolong dalam kategori kenderaan luncur hipersonik (HGV) itu mendorong tindak balas segera daripada sekutu-sekutu Barat.

Britain, Australia dan Amerika Syarikat (AS) sebagai ahli perikatan tentera AUKUS kini berusaha merangka pelbagai langkah bagi menangani ancaman tersebut.

Lebih membimbangkan apabila HGV berupaya terbang pada trajektori lebih rendah daripada peluru berpandu balistik antara benua lain, menyebabkan ia sukar  dipintas.

“China mengutamakan keupayaan ini dan membina senjata HGV terkemuka di dunia. Ia mencatat  kemajuan dramatik dalam tahun 2020-an. Menangani ancaman ini menjadi keutamaan AUKUS,” kata mereka. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker