Keluarga bimbang keadaan Taib Mahmud

Keluarga bimbang keadaan Taib Mahmud

Adik bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Mohamnad Tufail Mahmud mahu isteri kedua abangnya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib bertanggungjawab sepenuhnya jika sesuatu berlaku terhadap Tun Abdul Taib Mahmud.

Mohammad Tufail dalam laporan polis yang dibuatnya yang tular di media sosial sejak semalam mendakwa, mereka sekeluarga termasuk empat anak Abdul Taib tidak mengetahui keadaan sebenarnya tokoh berusia 87 tahun itu.

Menurutnya, Abdul Taib ‘diculik’ oleh Raghad dari unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta, tengah malam Sabtu lalu.

Malah katanya, Raghad juga mengabaikan nasihat perubatan apabila tidak berbincang dengan kakitangan ICU selain tidak berunding dengan keluarga sebelum membawa Abdul Taib keluar dari hospital.

“Tiada adik beradik mahupun anak kandung abang (Abdul Taib) yang tahu kedudukannya serta keadaan kesihatannya sekarang.

“Berdasarkan keadaan kesihatan abang saya dan laporan polis yang dibuat oleh doktor, saya dan keluarga amat prihatin terhadap kesihatan dan keselamatannya dan membuat laporan untuk menggesa polis menyiasat perkara itu dengan segera dan melindungi abang saya,” katanya dalam laporan itu.

Mohammad Tufail mendakwa sebelum ini beliau diberi salinan laporan polis yang dibuat oleh doktor di Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching, tempat Abdul Taib menerima rawatan rapi.

Dalam laporannya, doktor terbabit mendakwa bahawa Abdul Taib dibawa secara paksa dari hospital walaupun dinasihatkan beliau perlu kekal di kemudahan itu untuk rawatan. HM

Keluarga bimbang keadaan Taib Mahmud

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker