Kamarul Zaman tarik balik saman pada Hannah Yeoh
Kamarul Zaman tarik balik saman pada Hannah Yeoh
Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff menarik balik saman fitnah yang dikemukakannya terhadap Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
“Saya mengalu-alukan keputusan Kamarul Zaman Yusoff untuk menarik balik saman fitnahnya terhadap saya atas dakwaan kiriman ‘fitnah’ di Facebook pada 2020.
“Beliau telah memfailkan notis pemberhentian di mahkamah pada 30 Jan 2024 dengan kos berjumlah RM5,000 yang perlu dibayar kepada saya, tanpa kebebasan untuk memfailkan semula,” katanya.
Yeoh menambah dia hanya ingin melupakan isu tersebut dan kini Kamarul Zaman sudah menghentikan proses tuntutannya di mahkamah.
Pada Sept 2020, Kamarul Zaman memfailkan tindakan sivil ke atas hantaran Yeoh di media sosial dan pemimpin DAP terbabit memfailkan pembelaan pada tahun berikutnya.
Drama itu bermula semasa pilihan raya negeri Sabah apabila Kamarul Zaman menyiarkan sepanduk kempen yang memaparkan Yeoh bersama perkataan “Peranan umat Kristian dalam pembangunan negara.”
Mengulas sepanduk Yeoh itu, bekas pegawai khas kepada Ismail Sabri Yaakob semasa ahli parlimen Bera itu menjadi perdana menteri berkata: “Menggunakan agama untuk memenangi pilihan raya negeri?”
Yeoh kemudian memberikan reaksi balas dengan mendakwa ahli akademik itu sengaja mempermainkan sentimen perkauman dan agama.
Kamarul Zaman kemudian menuntut permohonan maaf – yang enggan diberikan oleh Yeoh – dan kemelut itu berlarutan sehingga ke mahkamah.
Ini bukan kali pertama Kamarul Zaman dan Yeoh bertembung. Pada 2017, Kamarul Zaman membuat laporan polis terhadap Yeoh berhubung biografi peribadi yang diterbitkan, Becoming Hannah.
Dia menuduh Yeoh – yang ketika itu menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor – membawa “agenda Kristian”.
Kemudian pada 2020, dia menyaman lima lagi pemimpin DAP kerana komen mengkritiknya selepas dia membuat laporan polis.
Dalam kenyataan hari ini Yeoh juga memberitahu, saman fitnah yang dikemukakannya kepada Kamarul Zaman mengenai buku tersebut tetap akan diteruskan. Mk
Kamarul Zaman tarik balik saman pada Hannah Yeoh
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?
You must be logged in to post a comment.