‘Jangan jadi lembu dicucuk hidung’ – Ketua Pemuda UMNO
‘Jangan jadi lembu dicucuk hidung’ – Ketua Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar yang mengeluarkan kenyataan kepadanya supaya mengelak atau tidak memulakan serangan terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.
Dr Muhamad Akmal berkata, sedangkan setiap perkara yang salah perlu diperbetulkan.
“Jangan jadi seperti lembu dicucuk hidung yang ikut sahaja walaupun tahu perkara itu salah.
“Kalau perkara itu betul, kita wajib kata betul, kalau salah kita kena perbetulkan. Siapa makan cili,dia rasa pedas,” katanya menerusi laman Facebook.
Pada Ahad, Haziq berpendapat kenyataan yang dibuat oleh Dr Muhamad Akmal boleh mengeruhkan hubungan dengan rakan komponen Kerajaan Perpaduan.
Beliau turut mencadangkan supaya Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu terus fokus kepada usaha memberi nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan.
Katanya, tindakan sedemikian akan menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu sebagai pemain pasukan yang baik dan mengendurkan persengketaan antara satu sama lain. Sinar
‘Jangan jadi lembu dicucuk hidung’ – Ketua Pemuda UMNO
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”
You must be logged in to post a comment.