Vellfire Menteri ikut ambulans, netizen mahu polis ambil tindakan

Vellfire Menteri ikut ambulans, netizen mahu polis ambil tindakan

Sebuah kereta jenis Vellfire didakwa telah mengikut rapat Ambulance yang sedang dalam kecemasan telah membuakkan rasa tidak puas hati orang ramai.

Dalam satu catatan sosial media yang dibuat oleh Fadzilah Hashim di laman Facebook miliknya, difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku semasa kesesakan jalan raya di lebuh raya Simpang Pulai baru-baru ini.

Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan tertera di bahagian atas nombor pendaftaran kereta tersebut ‘Menteri’ bersama-sama dengan lambang Jata Negara.

“Kemalangan kat Simpang Pulai sampai ke Tapah jam… 6 jam Tapah Simpang Pulai… Tapi paling sakit hati kereta menteri ikut belakang Ambulance macam dia terpaling emergency… Hebat menteri-menteri Malaysia… kipidap GOOD WORKS,” tulis beliau.

Hantaran tersebut kemudiannya tular di media sosial X sehingga membuakkan rasa kurang senang netizen terhadap kelakukan menteri tersebut.

@saifnasution @anthonyloke @anwaribrahim macam mana ba menteri kamu ni? kurang betul.. kalau rakyat, suda kena layan macam babi ni.. @PDRMsia @JPJ_Malaysia jangan pilih buluh.. bikin sakit hati saja.. kitai
— andeh (@dark_jed) February 4, 2024

Perkara ini mudah sebenarnya. Sebagai Menteri dia dilantik rakyat untuk mentadbir.Masa adalah sangat penting utk mereka.Mereka perlu hadir pelbagai program dipelbagai tempat dalam sehari.Itulah kelebihan mereka.Sepatutnya ada polis yang mengiring utk permudah pjlnan dan kslmatan.
— FAIRUL AMIR (@rafiquehamzah) February 4, 2024

Menteri mana ni? Siapa?
— rahimhd (@azira_rahimhd) February 4, 2024

Vellfire Menteri ikut ambulans, netizen mahu polis ambil tindakan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker