Hassan Karim jawab Menteri, sedia dipecat dari PKR

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim bersedia diambil tindakan disiplin, termasuk dipecat oleh PKR, sekiranya haknya untuk bersuara dianggap suatu kesalahan.

Beliau berkata, beliau tidak gentar mahupun takut dengan teguran dibuat Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil terhadapnya hari ini.

“Secara hormat dan merendah diri, saya terbuka dan bersedia sekiranya PKR ingin memulakan prosiding disiplin ke atas saya kerana bersuara lantang selama ini,” katanya dalam kenyataan.



“Jika mempertahankan hak saya untuk bersuara dan menyatakan fikiran maka itu dianggap satu kesalahan oleh kerajaan perpaduan maka saya bersedia jika saya dikenakan tindakan pemecatan oleh pimpinan parti.”

Hassan berkata demikian susulan komen Fahmi, yang juga menteri komunikasi, yang berharap pimpinan politik, termasuk dari “parti sama dengan beliau” untuk bermuhasabah dan tidak terlalu pantas dalam memberi komen yang boleh mengguris hati rakan kongsi kerajaan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Hassan yang dilaporkan media beberapa hari lepas bahawa Umno patut menukar pemimpinnya. Fahmi menyifatkan ini sebagai pandangan yang tidak mewakili parti dan tidak patut dizahirkan.

“Jangan jaga kain parti orang lain. Beliau sahabat dan orang yang saya hormati serta mempunyai prinsip tetapi cara beliau tidak membantu,” katanya.



Sementara itu, Hassan berkata, Fahmi wajar membuat teguran itu, atas kapasiti sebagai jurucakap kerajaan perpaduan, terhadap anggota parti yang dianggap melakukan kesalahan disiplin kerana bersuara lantang.

Katanya, selama lebih 4 dekad dalam arena politik, sejak menjadi anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 1978, ini kali pertama beliau ditegur keras secara terbuka.

“Sepanjang tempoh lebih 4 dekad itu, inilah kali pertama saya ditegur secara keras dan diumumkan secara terbuka di media sosial atas kesalahan menyatakan fikiran dan pandangan politik. Saya tidak berkecil hati,” katanya.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker