Persoal pengampunan Najib, Pemuda UMNO akan jumpa Tony Pua di mahkamah

PETALING JAYA: Pemuda Umno akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang didakwa menghina keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengurangkan hukuman bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Insya Allah laporan polis terhadap Tony Pua akan dilakukan di seluruh negara oleh Pemuda Umno atas kebiadaban dia mempertikaikan keputusan (bekas) Yang di-Pertuan Agong.

“Jumpa di mahkamah,” tulis Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dalam catatan Facebooknya.



Beliau turut berkongsi tangkap layar catatan bekas setiausaha publisiti DAP itu di Facebook berhubung laporan New Straits Times atas pengurangan hukuman Najib dalam kes SRC International.

Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028, selepas hukuman penjara 12 tahunnya dipendekkan kepada enam tahun dan denda RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Lembaga Pengampunan diketuai Yang di-Pertuan Agong dan mempunyai lima anggota – peguam negara, Menteri Wilayah Persekutuan (kini Dr Zaliha Mustafa) dan maksimum tiga lagi individu dilantik Agong.

Yang di-Pertuan Agong terdahulu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mempengerusikan mesyuarat lembaga itu pada Isnin lalu.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN

Akim diganggu perempuan miang nak menyondol



Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker