Cuepacs selar Miti, ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’

Cuepacs selar Miti, ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’

Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyelar cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan kebenaran kepada graduan antarabangsa bekerja di Malaysia, sambil menyifatkan ia tindakan “ke belakang”.

Presidennya, Adnan Mat, berkata negara ketika ini sudah berada di landasan tepat dalam melahirkan graduan tempatan berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing.



“Dasar untuk membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia bukan sahaja menidakkan peluang rakyat tempatan bahkan merugikan negara yang telah melakukan pelaburan tinggi melalui IPT tempatan dalam melahirkan graduan berkemahiran tinggi,” katanya dalam kenyataan.

“Tindakan membenarkan pelajar asing mengisi peluang pekerjaan di sektor teknologi tinggi ibarat ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’.”

Pada 29 Jan lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz dilaporkan berkata pihaknya mempertimbang membenarkan pelajar asing menamatkan pengajian di IPT tempatan untuk bekerja di Malaysia bagi menampung kekurangan tenaga mahir di beberapa sektor termasuk elektrik dan elektronik (E&E).

Menurutnya, sektor E&E memerlukan 50,000 jurutera, sebaliknya Malaysia hanya mengeluarkan 5,000 graduan jurutera setahun, tidak termasuk graduan asing dan warga tempatan belajar di luar negara.



“Sekarang, mereka tidak dibenarkan bekerja (di Malaysia). Mungkin kita boleh melihat kawasan yang tidak mencukupi rakyat Malaysia, terutamanya dalam perkhidmatan nilai tambah (seperti) sektor teknologi tinggi, kita boleh membenarkan pelajar antarabangsa bekerja di Malaysia untuk satu tempoh masa,” katanya memetik laporan The Edge.

Mengulas lanjut, Adnan berkata kerajaan seharusnya melihat punca “penghijrahan” tenaga pakar tempatan ke luar negara, yang didakwanya berpunca daripada skim gaji yang tidak kompetitif.

“Majikan tempatan lebih sanggup membayar gaji yang tinggi kepada pekerja asing sedangkan kualiti pekerja tempatan lebih baik.

“Ada majikan sanggup bayar sehingga RM4,000 sebulan kepada pekerja mahir asing tetapi untuk pekerja mahir tempatan mereka tawarkan gaji permulaan di bawah RM2,000,” dakwanya.



Justeru, beliau mencadangkan kerajaan menguatkuasakan gaji minimum bagi pekerja mahir, dalam usaha menyokong dasar pembangunan sumber manusia di IPT tempatan.

“Tiada gunanya jika kita melahirkan sumber manusia yang berkemahiran tinggi tetapi pasaran pekerjaan untuk mereka tidak menawarkan gaji yang munasabah.” FMT

Cuepacs selar Miti, ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker