Puad minta Hassan cermin diri
Puad minta Hassan cermin diri
Puad Zarkashi membidas seorang wakil rakyat PKR kerana menyatakan Umno perlu rombakan pemimpin.
Ahli majlis kerja tertinggi Umno itu menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, sebagai ahli PKR yang ‘tidak tahu cermin diri’ susulan kenyataannya berkenaan parti sekutu itu.
“Ini masalah Hassan Karim. Dia dan beberapa lagi pemimpin PKR tidak tahu cermin diri sendiri,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Hassan berkata Umno perlu rombakan pemimpin baharu untuk mendapatkan undi Melayu bagi Barisan Nasional-Pakatan Harapan, dan selagi ia dipimpin Presiden Zahid Hamidi, orang Melayu sukar menyokong Umno, BN, atau BN-PH.
Puad berkata Hassan sepatutnya mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga presiden PKR, menukar menteri PKR yang tidak mencapai prestasi.
“Apa Rafizi Ramli buat untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar Pangkalan Data Utama. Jangan lupa premier Sarawak juga memberi komen negatif terhadap menteri pendidikan dari PKR. Kenapa Hassan diam,” katanya.
BN dan PH membentuk kerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan bersama beberapa gabungan politik lain, selepas tiada parti mampu menubuhkan kerajaan sendiri selepas PRU15.
Pada konvensyen kerajaan perpaduan di Ipoh 28 Jan lepas, Zahid menyatakan beliau yakin kerajaan perpaduan akan kekal memerintah sehingga selepas PRU16.
Hassan bagaimanapun berkata Umno perlu rombakan pemimpin kerana jika tidak, “Umno bawah Zahid akan menumpang di dahan PH pimpinan Anwar yang tidak kuat mana pun”.
Puad mengingatkan bahawa Zahid terus menjadi presiden Umno atas kemahuan akar umbi Umno sendiri, sebaliknya menyarankan Hassan melihat isu-isu berbangkit sekitar pengundian dalam talian pada pemilihan PKR. FMT
Puad minta Hassan cermin diri
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5
You must be logged in to post a comment.