Najib dapat pengampunan atau tidak, Anwar tetap terkesan
Najib dapat pengampunan atau tidak, Anwar tetap terkesan
Pengumuman rasmi Lembaga Pengampunan berkaitan nasib Najib Razak – sama ada mendapat pengampunan diraja atau sebaliknya – tetap menjadi berita buruk bagi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Penganalisis politik, Prof Azmi Hassan, berkata jika bekas perdana menteri yang dipenjara atas kesalahan rasuah itu dibebaskan, Anwar akan dipuji penyokong Umno.
Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu menambah Najib masih mempunyai sedikit pengaruh dalam parti.
Justeru kata Azmi pengampunan Najib pasti akan menggembirakan ahli akar umbi Umno terutamanya jika dia meneruskan karier politiknya.
“Jika beliau terus aktif dalam kancah (politik), sudah tentu ia akan menguatkan parti dan mereka akan mendapat lebih kepercayaan daripada pengundi Melayu dan Islam,” katanya kepada Malaysiakini.
Pun begitu Azmi mengingatkan pembebasan Najib juga akan membuat pengundi PH menyalahkan Anwar bahkan mungkin tidak lagi selesa bekerjasama dengan Umno.
Begitu juga pandangan Pengarah Pengajian Asia Universiti Tasmania, Prof James Chin yang percaya pengampunan diraja itu akan menyebabkan kerajaan hilang keyakinan dalam kalangan penyokong bandar yang tidak mahu melihat Najib dibebaskan.
Pengampunan Najib juga, kata Chin, akan menjejaskan reputasi kerajaan Malaysia.
Ketika imej negara semakin pulih daripada cara kerajaan menangani isu 1MDB, katanya, pengampunan Najib akan membuat orang ramai menganggap kerajaan sebaliknya tidak serius memerangi rasuah.
Faktor berkelakuan baik
Pada masa sama Chin mengingatkan walaupun mungkin terdapat bantahan terhadap pengampunan Najib, kesannya akan terhad kerana ia berada di bawah kuasa prerogatif Yang Di-Pertuan Agong.
“Sesetengah kumpulan Melayu mungkin akan melakukan bantahan, tetapi ia tak banyak,” katanya.
Mengenai sama ada kerajaan persekutuan akan kekal utuh atau tidak jika Najib diizin meninggalkan penjara, Azmi percaya keadaan akan kekal status quo.
Hal itu kerana, Azmi berpendapat PH dan Umno mengakui realiti bahawa mereka saling memerlukan satu sama lain sebagai rakan politik.
Sementara itu, jika Lembaga Pengampunan tidak memberikan pengampunan sebaliknya mengurangkan tempoh pemenjaraan Najib, Chin percaya kemarahan dalam kalangan pengundi PH adalah minimum.
“Orang ramai di bandar akan marah, tetapi ia hanya untuk seketika,” katanya. Mk
Najib dapat pengampunan atau tidak, Anwar tetap terkesan
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
You must be logged in to post a comment.