Larangan memikirkan zat Allah

Larangan memikirkan zat Allah

Sebagai manusia kita sebenarnya tidak terlepas dari memikirkan tentang zat dan sifat Allah. Mungkin dalam pemikiran kita bagaimana agaknya rupa dan bentuk Allah?

Namun begitu terdapat larangan dari Baginda s.a.w. agar tidak sesekali memikirkan tentang zat Allah. Antaranya hadis riwayat Abu Hurairah r.a. yang menyebutkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

“Fikirkanlah tentang makhluk dan janganlah kalian memikirkan tentang Khaliq (Pencipta) kerana sesungguhnya Dia tidak dapat diliput oleh pemikiran”

Dalam riwayat yang lain Baginda s.a.w. bersabda,

“Fikirkanlah kekuasaan-kekuasaan Nya dan janganlah kau fikirkan zat Nya. Sesungguhnya kamu tidak akan mampu memikirkan hakikat Nya” (HR Ibnu Hibban)

Manakala dalam surah an-Najm: 42 Allah berfirman,

“Dan bahawasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)”

Dalil-dalil yang dinyatakan di atas merupakan peringatan yang jelas supaya manusia tidak memikirkan tentang Allah berkait dengan zatnya. Akan tetapi apa yang dituntut adalah mengingati Allah dalam setiap perkara sama ada dengan berzikir kepada Nya.

Walau bagaimanapun apa yang dituntut dalam Islam adalah agar kita memikirkan tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah kerana dengan memikirkan ciptaan Allah ia akan menambahkan keyakinan dan keimanan kita kepada Allah. Malah ianya juga selaras dengan firman Allah dalam surah al-Ankabut: 20,

“(Katakanlah wahai Muhammad) berjalanlah kamu semua di atas muka bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah memulakan penciptaan sesuatu”

Begitu juga dalam surah Aali Imran: 191 Allah berfirman,

“Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan juga bumi serta pertukaran malam kepada siang, nescaya terdapat padanya tanda-tanda kebesaran Allah bagi golongan ulul albab. Iaitu golongan yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk serta berbaring dan mereka memikirkan kepada penciptaan langit-langit dan juga bumi lalu mengatakan, “Wahai Tuhan kami, tidaklah Kau menciptakan kesemuanya ini secara sia-sia, Maha Suci Kamu maka peliharalah Kami dari azab api neraka”

Sebab dilarang

Adapun antara sebab kenapa kita dilarang untuk memikirkan tentang zat Allah kerana keterbatasan akal fikiran kita sebagai makhluk adalah terhad. Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mengatakan,

“Memikirkan zat Allah boleh menyebabkan kebingungan dan akan menjadi terguncang. Itu kerana zat Allah tidak boleh dimasukkan ke dalam akal fikiran manusia dan kebanyakkan akal tidak mampu mencernanya.

Perjelasan atau perbincangan yang sederhana oleh sebahagian ulama bahawa Allah terbebas dari tempat, batas dan arah. Allah tidak di dalam alam dan tidak pula di luar alam. Allah tidak tersambung dengan alam dan tidak pula terpisah dengan alam. Semua penjelasan ini telah menjadikan akal sebahagian orang menjadi bingung dan keliru sehingga mereka menginkarinya kerana mereka tidak sanggup mendengar dan memahaminya.

Bukan itu sahaja, malah ada sebahagian orang tidak mampu memahami perkara yang lebih sederhana dari itu. Seandainya mereka diberitahu bahawa Allah Maha Suci dari memiliki kepala, kaki, tangan, dua mata dan organ tubuh.

Allah juga bukan jisim yang tersusun atas partikel-partikel yang memiliki volume dan ukuran, maka mereka akan langsung mengingkarinya dan menganggap bahawa ucapan itu telah melecehkan Allah dan menafikan keagungan Allah. Bahkan ada orang awam yang tidak waras mengatakan,

“Yang kamu katakan itu adalah ciri-ciri tembikai India, bukan sifat-sifat Tuhan”

Itu kerana menurut orang ini keagungan itu diukur dari organ tubuh. Sememangnya akal kebanyakkan makhluk adalah terhad. Dan manusia adalah makhluk yang begitu jahil, zalim dan kufur. Oleh kerana itulah, Allah telah mewahyukan kepada sebahagian Nabi Nya

“Janganlah kamu katakan kepada hamba-hamba Ku tentang sifat-sifat Ku, nanti mereka akan mengingkari Ku. Tetapi katakanlah kepada mereka tentang Aku sesuai dengan kadar akal mereka dan dengan bahasa yang mereka fahami. Begitulah bahayanya apabila memikirkan zat Allah sehingga demi menjaga adab syariat dan demi kemaslahatan makhluk, dilarang memikirkannya dengan otak”

Al-Bagawi turut mengemukakan pandangannya dengan berkata,

“Syaitan datang kepada seseorang di antara kalian, lalu mengatakan (membisikan kepadanya) “Siapakah yang menciptakan ini dan siapakah yang menciptakan ini? Hingga akhirnya syaitan mengatakan, “Siapakah yang menciptakan Tuhanmu?”

Dari dua pandangan ulama di atas, maka inilah sebabnya mengapa Baginda s.a.w. melarang umatnya agar tidak memikirkan zat Allah. Wallahu a’lam Utv

Larangan memikirkan zat Allah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker