Konsert Ed Sheeran penyokong tegar LGBT diteruskan, Mufti sudah cuba mencegah mungkar
Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan dia telah menjalankan tanggungjawab sebagai mufti dengan mengeluarkan nasihat berhubung pengajuran konsert membabitkan artis antarabangsa.
Namun, terpulang kepada pihak berkuasa untuk menerima pandangannya berdasarkan ilmu yang dikurniakan Allah SWT kepadanya.
Jelasnya, sama ada pengajuran konsert itu dibatalkan atau sebaliknya, Wan Salim berkata dia telah berusaha mencegah kemungkaran secara lisan.
“Saya tidak kisah jika nasihat yang diberikan hanya ibarat mencurah air di daun keladi.
“Saya hanya mahu mendapat kemaafan Tuhan kerana telah melaksanakan kewajipan amar makruf nahi munkar,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi jaminan konsert bintang pop British Ed Sheeran akan berjalan seperti yang dijadualkan.
Katanya, konsert itu telah mendapat lampu hijau daripada Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-Puspal).
Fahmi berkata demikian susulan desakan Mufti Pulau Pinang supaya kerajaan membatalkan permit konsert itu.
Wan Salim menyeru umat Islam memulaukan konsert itu kerana Sheeran dikatakan “penyokong tegar komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).”
Mengulas lanjut Wan Salim berkata dia akan terus bersuara mencegah kemungkaran demi mendapat keredhaan Allah SWT.
Dia turut memetik al-Quran surah al-A’raf, ayat 162 yang menceritakan tentang tanggungjawab berpesan kepada usaha mencegah kemungkaran.
“Dalam usia yang mencecah 80 tahun, tiada apa yang saya impikan lagi di dalam kehidupan ini selain keredaan Allah SWT.
“Saya akan terus menyuarakan pandangan dan nasihat,” katanya.
Katanya, dia tidak mampu kemungkaran dengan “tangan” (kuasa) namun masih mampu memberi nasihat.
“Terserahlah kepada pihak tersebut sama ada mahu menerima nasihat atau sebaliknya.
“Kita semua lambat laun akan kembali jua ke hadrat-Nya dan akan disoal tentang segala yang dilakukan semasa hidup di dunia,” ujarnya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- 3 kemungkinan dibuat Lembaga Pengampunan
- Kenapa saya kahwin wanita lebih tua
- Biodata yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
- Adibah tetap lawan Rosland berkenaan hak penjagaan kekal dua anak
- Mahfuz pula bayar saman RM250,000 kepada Sanusi
- SPRM beku akaun Tan Sri berkait kontrak bekal kenderaan kerajaan
- Kini akad nikah dibenarkan di dua masjid suci
- Rayuan bekas pegawai khas Hishammuddin Hussein didengar hari ini
- Tertuduh terakhir kes kongsi isteri dihukum penjara 13 tahun, 12 sebatan
- Rasa macam pengantin – Al-Sultan Abdullah
- Piala Asia: Akibat bergaduh dengan jurulatih, penjaring terbanyak dihantar pulang
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengadap TMJ di Kuala Lumpur
- Majikan beri bonus 13 bulan dan ikan kerapu 5kg sempena Tahun Baru Cina
- Inspektor didakwa merogol gadis ketika beri keterangan gambar lucah, kini dalam siasatan polis
- ‘Jangan sampai kami bermalam di KOMTAR 10 hari, sambil bakar ikan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)
You must be logged in to post a comment.