Mahathir kian tertekan

Mahathir kian tertekan

Kenyataan Dr Mahathir Mohamad bahawa bangsa Melayu akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi adalah taktik bekas perdana menteri itu untuk mengalih perhatian terhadap siasatan dihadapi kroni serta anaknya ketika ini.

Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, berkata ketika Mahathir berbicara soal perpecahan orang Melayu, hakikatnya dialah yang memecah-belahkan bangsa Melayu di negara ini.



Apatah lagi, kata Mustapha, Mahathir sendiri bukannya “Melayu asli” kerana ahli politik veteran itu mempunyai kaitan susur-galur dari India.

“Yang anehnya dia mempersoalkan perpecahan Melayu setelah dia yang memecah-belahkan Melayu.

“Dia sekarang bercakap tentang perpaduan Melayu setelah dia yang menjadi penyebab Melayu tidak bersatu.

“Dia yang mahu orang belajar dari sejarah tetapi dia tidak pernah belajar daripada sejarah. Dia hanya belajar sejarah Si Kitol sebagai pengkhianat. Sebab itu dia menjadi pengkhianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sabtu lalu, Mahathir dilaporkan membuat andaian bangsa Melayu di negara ini akan hilang dalam masa 10 tahun akan datang jika keadaan tidak diubah.

Dia yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali itu berkata, dakwaan sedemikan dibuat kerana orang Melayu akan ditawan oleh bangsa lain, tetapi tidak melibatkan peperangan.

Mahu kekal relevan

Kata Mahathir orang Melayu terancam ekoran tiada pihak yang mengambil berat kepada nasib kaum terbabit ketika ini.



“Kita tahu negara dah hilang banyak, nak kata tak tahu tak boleh.

“Kita hilang empat negeri di utara, Pulau Riau, Singapura, Pulau Pinang dan dalam 10 tahun lagi (bangsa Melayu) akan hilang.

“Kita (bangsa Melayu) akan hilang negara kita seolah-olah kita ditawan oleh bangsa lain tanpa perang,” katanya dalam program Minda Negarawan – Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Kata Mustapha sebenarnya Mahathir sedang merapu dan mengigau di siang hari apabila cuba mengaitkan Melayu seperti nasib rakyat Palestin yang sedang diperangi Zionis.



Menurutnya Melayu tidak akan hilang dari dunia ini kerana bangsa terbabit tetap wujud selagi ada orang yang mengaku mereka Melayu.

“Melayu ada di seluruh Nusantara. Melayu itu bangsa besar.

“Melayu itu orang Bugis, orang Jawa, Bajau.. bahkan Arab dan Pakistan pun Melayu.

“Cuma Mahathir yang berbeza. Dia berasal India dan bukan Melayu,” katanya.



Pada masa sama Veteran Umno menganggap kenyataan Mahathir baru-baru ini merupakan dendam yang tersemat di hati ahli politik terbabit yang kini cuba menakutkan orang Melayu di negara ini.

Kata Mustapha kenyataan Mahathir itu mencadangkan bahawa orang Melayu akan kehilangan kuasa politik dalam tempoh sedekad akan datang.

“Sebenarnya kenyataan itu lebih merupakan (helah) melarikan diri daripada isu siasatan SPRM terhadap kroninya, Daim (Zainuddin) dan juga anak-anaknya.

“Dia sedar dia semakin tertekan dan tidak relevan. Jadi supaya dilihat terus relevan maka dia membangkitkan cerita Melayu hilang kuasa,” katanya. Mk



Mahathir kian tertekan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen

Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker