Kontrak urus kenderaan RM4.5 bilion, SPRM akan panggil bekas menteri kewangan
Ketua SPRM Azam Baki berkata bekas perdana menteri juga akan dipanggil untuk menentukan sama ada perkara itu dalam pengetahuannya.
Kontrak urus kenderaan RM4.5 bilion, SPRM akan panggil bekas menteri kewangan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia memanggil beberapa orang, termasuk seorang bekas menteri kewangan, ahli perniagaan dan pegawai penting kerajaan, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 billion
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, yang mengesahkan menyerbu kediaman ahli perniagaan itu dan empat syarikat pada Khamis, berkata individu dalam “senarai panjang” akan dipanggil untuk menjelaskan dua isu, lapor The Star.
“Kami ingin mengetahui mengapa syarikat ini diberi tugas untuk menguruskan kenderaan kerajaan,” katanya yang dipetik akhbar itu.
“Kedua, kami juga mahu penjelasan mengapa hasrat untuk memberikan projek (sama) ini kepada syarikat lain dibatalkan walaupun telah menerima surat hasrat (LOI) daripada Kementerian Kewangan.”
Azam juga berkata agensi antirasuah itu akan memanggil bekas menteri kewangan terbabit untuk “memberi penjelasan mengenai dua persoalan”, serta bekas perdana menteri “untuk menentukan sama ada beliau sedar perkara itu berlaku semasa pentadbirannya”.
Tambahnya, pegawai SPRM kini sedang meneliti dokumen yang dirampas semasa serbuan dan mereka yang terlibat akan dipanggil untuk disoal siasat berdasarkan penemuan itu.
Pada Sabtu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa SPRM telah menyerbu rumah seorang ahli perniagaan bergelar “Tan Sri” dan empat syarikatnya.
Menurut sumber yang tidak dinamakan yang dipetik oleh akhbar berbahasa Melayu, ahli perniagaan itu berkhidmat sebagai pemegang saham utama syarikat yang bertanggungjawab membekalkan kenderaan kepada kerajaan.
Lebih 100 akaun peribadi dan syarikat di bawah kawalannya dilaporkan telah dirampas, walaupun ia tidak dibekukan ketika itu. FMT
Kontrak urus kenderaan RM4.5 bilion, SPRM akan panggil bekas menteri kewangan
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa sekat rezeki kami? – Awie
- Najib boleh mohon dibebaskan atau DNAA Sept depan
- Sumbangan Asas Rahmah mula 22 Januari
- Pembantu rumah Elvina lari, curi duit, telefon bimbit
- Dua hari pakaian seragam, dua hari baju sukan – KPM
- Caj Haji berbeza kepada B40 dan M40
- Jual nasi bungkus murah pun kena marah
- Anwar nafi ‘kurung’ MP kerajaan
- Lelaki gila seks rakam aksi tiduri lebih 20 wanita, jual video lucahnya, ditahan
- Intan Najuwa nampak ‘berisi’, suami makin ‘slim’
- Mirzan Mahathir diarah isytihar harta
- Tun Musa Hitam alami kecederaan serius
- Darjah kebesaran Agus ditarik balik Sultan Kelantan
- Macam anak dan ayah jumpa lepas berpisah (Video)
- Lagi amanah luar pesisir berkaitan Daim bernilai ratusan juta didedahkan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan
You must be logged in to post a comment.