Pemimpin PKR Selangor bidas UMNO Selangor

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR Selangor menyifatkan tidak wajar Umno Selangor meminta semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), selepas mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Pakatan Harapan (PH).

Naib Ketua PKR Selangor, Juwairiya Zulkifli sebaliknya meminta Barisan Nasional (BN), rakan baharu mereka dalam kerajaan negeri, meneliti semula tuntutan itu.

Timbalan ketua Wanita PKR itu berkata, pemimpin PH dan BN negeri sudah membincangkan pembahagian jawatan ahli majlis PBT serta JPKK.



“Namun, perbincangan lanjut (pimpinan PH dan BN Selangor) perlu dilakukan semula susulan maklum balas pengerusi Umno negeri tersebut,” katanya kepada FMT.

Semalam, Umno Selangor memaklumkan mereka akan mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di negeri itu kepada PH.

Ketua Umno Selangor, Megat Zulkarnain Omardin dilaporkan berkata, tindakan itu bukan disebabkan pihaknya “merajuk”, tetapi bagi menafikan dakwaan parti itu tamak dan mendesak PH.

Bagaimanapun, katanya, Umno Selangor mahu semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan JPKK diserahkan kepada pihaknya.



Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan cadangan Megat Zulkarnain bersifat sebelah pihak dan belum muktamad kerana Menteri Besar, Amirudin Shari yang akan membuat keputusan.

“Apa pun lantikan yang akan dibuat, akan melalui proses perbincangan. Setiap parti berhak mencadangkan apa saja dan akhirnya diputuskan oleh menteri besar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker