Gagal isytihar jam tangan mewah, Arnold Schwarzenegger ditahan di Jerman

BERLIN: Gara-gara jam tangan mewah ribuan ringgit, Pelakon, Arnold Schwarzenegger ditahan pihak berkuasa Jerman sebaik tiba di lapangan terbang Munich, di sini baru-baru ini.

Lapor Abc News, gabenor California, Amerika Syarikat itu disoal siasat selama lebih dua jam oleh kastam negara itu disebabkan jam tangan yang bernilai AS$21,739 (RM2,201) berkenaan

Schwarzenegger yang melanggar undang-undang negara tersebut kerana kegagalannya mengisytiharkan jam tangan berjenama Audemars Piguet itu bagaimanapun dilepaskan selepas disoal siasat.



Pelakon filem Terminator itu telah memberi kerjasama sewaktu penahanannya dan diarahkan membayar cukai ke atas barang tersebut.

Difahamkan kedatangan pelakon berusia 76 tahun itu ke Jerman adalah untuk menghadiri majlis lelongan amal bagi mengutip dana yang disalurkan kepada program kebajikan yang diusahakannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker