Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
Selalunya harga untuk nasi putih, air kosong dan ayam goreng kunyit tidak melebihi RM10.00 atau paling mahal mungkin sekitar RM12.00. Bagaimanapun, harga yang dikenakan ke atas pelancong tempatan di Langkawi ini benar-benar buat orang ramai terkejut.
Dalam satu kejadian yang tular di media sosial, seorang pelancong tempatan telah memuat naik resit makanan di salah sebuah gerai di Pantai Chenang, Langkawi. Beliau berang apabila dikenakan harga yang tinggi untuk sepinggan nasi putih, ayam goreng kunyit dan air kosong.
Beliau yang berkongsi tangkap layar gambar resit di salah sebuah kumpulan komuniti Facebook mendakwa dikenakan RM24.00 untuk hidangan tersebut. Harga yang tidak masuk akal tersebut membuatkan beliau berang dan faham mengapa pelancong terutamanya warga tempatan lebih gemar bercuti di tempat lain berbanding Langkawi.
pic.twitter.com/3LpcH5ekYr
— Pedoq, what is this behaviour? (@pedoqpop) January 14, 2024
“Patutlah orang luaq kata langkawi mahai (mahal). Hampa rasa baloi(berbaloi) kena harga camni(begini)? Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit bodo camtu(macam itu) saja sorang makan RM20 ringgitttt. Ais kosong RM1 naya kena 24ringgit, tu gambaq kedai aku dah snap tengok lah kat mana area chenang jangan hampa terkena sudah jangan kecamm, nak kecam pon ikut suka hampa lah aku post ni sebab rasa tak puas hati harga ayam goreng kunyit dia,” katanya yang berang.
Melalui bahasa yang ditulis olehnya, dipercayai beliau adalah orang tempatan dari utara tanah air. Kejadian tersebut pula dipercayai berlaku di salah sebuah restoran di Pantai Chenang, Langkawi
Sebelum ini, Pulau Langkawi menjadi isu utama disebabkan ketiadaan pelancong tempatan.
Tangkap layar tersebut kini tular di media sosial X dengan kebanyakan netizen terkejut dengan harga tersebut.
Pehh RM24 tu kau boleh beli ayam sekor 2kg lebih, semoga dijauhkan dari kedai² cekik darah ni. Jadilah pengguna bijak jgn malu tanya harga makanan.
— Muhaimin Halim (@muhaiminhalim) January 14, 2024
Padahal modal tak sampai 5rm pun. Sebab mahal apa? Sewa 30k sebulan? Gaji tukang masak 10k sebulan?
— Nasi goreng Ujang (@youJang19) January 14, 2024
Parking kat jeti kuala perlis dah kena cekik, masuk Langkawi lagi menangis
Makam mahsuri tahun 2021 RM6 sekarang dah RM15, tempat pun mcam tak terjaga sangat
— Dani (@DlJeffry) January 14, 2024
Bagaimanapun, seorang netizen menyatakan bahawa pengalaman beliau makan di gerai di sekitar Langkawi baru-baru ini tiada masalah sambil menyatakan bahawa mungkin pengadu tersilap pilih kedai pada hari tersebut.
Baru ni aku g pantai cenang makanan harga standard je. Nasi goreng ada la dalam rm7/rm8. Takde la mahal mana pun. Lu silap kedai ni brader
— iamnsz 🇲🇾 (@vysn5) January 14, 2024
Manakala hasil dari pemerhatian netizen di ulasan Google, difahamkan bahawa gerai tersebut memang terkenal dengan harga yang mahal dan ulasan baik kebanyakannya datang dari pelancong asing.
Tgk google review kedai mmg harga mahai nak mampui… yg ramai puji kedai ni berbaloi tourist luar je.
Nasi goreng kampung je pun rm12 padiaaaaa.
— arashy azim 🇲🇾 (@arashyGIBSON) January 14, 2024 VC
Pelancong Langkawi mengamuk ayam goreng kunyit RM20
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET