Terbuka Malaysia: Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bungkus

Reaksi beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas tewas kepada pemain Korea, Kang Min Hyuk dan Seo Seung Jae pada PETRONAS Terbuka Malaysia di Axiata, Arena Bukit Jalil.

Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui keghairahan bagi memenangi perlawanan di set kedua meragut peluang mereka untuk melangkah ke separuh akhir PETRONAS Terbuka Malaysia, hari ini.

Pada aksi suku akhir menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, pasangan negara itu bermula baik apabila memenangi set pertama 21-16 tetapi disebabkan terlalu mahukan kemenangan di set kedua menyaksikan Aaron-Wooi Yik hilang fokus dan tewas 18-21 sekali gus terlepas peluang untuk meraih kemenangan awal.

Aksi set ketiga menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pasangan pada awal permainan namun selepas waktu rehat, Aaron-Wooi Yik dilihat banyak melakukan kesilapan mudah sekali gus membuka ruang buat lawan mengutip mata dan memenangi perlawanan dengan keputusan 21-13.

“Saya fikir kami bermula dengan baik di set pertama tetapi set kedua, mungkin terlalu teruja dan terlalu mahukan kemenangan sehingga membuatkan kami hilang fokus dan menyebabkan tidak dapat bermain permainan sebenar kami,” kata Aaron ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.



Sementara itu, Wooi Yik mengakui mereka melakukan kesilapan selepas pertukaran gelanggang di set penentuan kerana peluang untuk meraih mata tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Kami juga kalah ketika persaingan rali, mereka pula terus fokus selepas menyambar dua mata berturut-turut manakala kami bergelut dengan keadaan di dalam gelanggang,” katanya.

Aaron-Wooi Yik selepas ini akan beraksi dalam kejohanan kedua mereka musim ini pada saingan Terbuka India yang dijadual bermula dari 15 hingga 21 Januari ini.

Mereka akan berdepan pasangan Jepun, Akira Koga-Taichi Saito pada aksi pusingan pertama.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker