HR-V baru tersadai 4 bulan dibengkel, Honda mulakan siasatan

PETALING JAYA: Honda Malaysia akan menyiasat dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa kereta keluaran syarikat itu, HR-V mengalami pelbagai masalah selepas dihantar untuk penyelenggaraan, September lalu.

Dalam hantaran di media sosial, Noriya Mamat dari Terengganu mendakwa kereta baharu itu telah berada di pusat penyelenggaraan sejak empat bulan lalu.

“Berapa lama lagi saya perlu menunggu? Setiap bulan saya perlu membayar RM1,500 untuk kereta yang tidak saya gunakan,” katanya.



Menurutnya, dia membeli kenderaan itu pada Ogos yang kemudiannya dihantar sebulan kemudiannya untuk penyelenggaraan selepas perjalanan lebih 1,000 kilometer

Bagaimanapun selepas dua hari, kereta itu mengalami masalah lampu depan tidak boleh dilaras, lampu penunjuk pada papan pemuka berkelip-kelip, selain lampu kecemasan juga menyala menyebabkannya perlu dihantar semula ke pusat penyelenggaraan.

“Kereta dihantar semula ke pusat servis selama seminggu. Saya terpaksa berulang-alik ke pusat servis dalam keadaan saya sarat mengandung,” katanya mendakwa masalah keretanya tidak dapat dikesan sehingga kini.

Sementara itu, jurucakap Honda berkata syarikat itu telah memulakan siasatan dalaman menyeluruh dan telah menghubungi Noriya berhubung masalah berkenaan.



Masalah dihadapi Noriya itu menyusul selepas kontroversi membabitkan seorang wanita apabila Perodua Bezza dibelinya rosak dalam tempoh lapan jam selepas diserahkan, sebelum masalah berkenaan selesai selepas Perodua bersetuju membelinya semula dengan harga penuh.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie



Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker