Citigroup mahu buang 20,000 pekerja dalam masa dua tahun
BENGALURU/NEW YORK: Citigroup akan memberhentikan 20,000 pekerja dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Pegawai Kewangan, Mark Mason hari ini, selepas bank itu melaporkan kerugian AS$1.8 bilion (RM8.3 bilion) pada suku keempat.
Penyedia pinjaman itu, yang ketika ini mempunyai 239,000 pekerja di seluruh dunia, akan mengurangkan 20,000 kakitangan sebagai sebahagian penyusunan semula besar-besaran, kata Mason kepada pemberita.
Citi juga dijangka memberhentikan 40,000 lagi pekerja apabila ia menyenaraikan unit pengguna di Mexico, Banamex dalam satu tawaran awam permulaan (IPO).
Ia menyasarkan untuk mencapai paras 180,000 pekerja, kata Mason.
Saham bank itu kali terakhir diniagakan meningkat 3.3 peratus dalam dagangan pagi Jumaat selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Jane Fraser menganggap 2024 sebagai ‘tahun peralihan’ bagi penyedia pinjaman itu.
Pembuangan pekerja adalah ‘sukar ke atas moral’, kata Mason
Namun, beliau menambah bahawa pengurangan itu tidak akan menghalang pendapatan berkembang dan usaha penyusunan semula akan dilaksanakan pada akhir suku pertama.
Citi melaporkan kerugian itu berikutan caj AS$3.8 bilion (RM17.6 bilion) yang didedahkan dalam satu makluman pada Rabu yang termasuk perbelanjaan penyusunan semula, rizab dibina berkaitan dengan penyusutan nilai mata wang serta ketidakstabilan di Argentina dan Russia, selain bayaran AS$1.7 bilion (RM7.9 nilion) untuk mengisi semula dana insurans deposit FDIC.
Bank itu dijangka melaporkan antara AS$700 juta dan AS$1 bilion caj tahun ini berkaitan dengan kos pampasan serta penyusunan semula.
-Reuters
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET