Bekas menteri kesihatan dipenjara atas rasuah ujian COVID-19
Bekas menteri kesihatan Vietnam dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun hari ini atas kesalahan terbabit dalam skandal penjualan alat ujian COVOD-19 dengan harga terlalu tinggi.
Tertuduh, Nguyen Thanh Long, iaitu menteri kesihatan dari 2020 hingga 2022 lalu, dijatuhi hukuman terbabit selepas didapati bersalah menerima rasuah berjumlah AS$2.25 juta (RM10.46 juta).
Selain Long, turut dijatuhi hukuman penjara ialah 37 pegawai kesihatan dan ahli perniagaan kerana peranan mereka dalam menjual alat ujian COVID-19 yang terlalu mahal.
Turut dijatuhi hukuman ialah bekas Datuk Bandar Hanoi, Chu Ngoc Anh yang dipenjara selama tiga tahun kerana melanggar peraturan pengurusan aset negara.
Selepas perbicaraan 10 hari di Hanoi, mahkamah mendapati hampir semua 38 defendan bersalah atas rasuah, salah guna kuasa atau pertuduhan lain.
Skandal Viet A, merujuk kepada firma separa swasta yang membuat kit itu, membuat tawaran sehingga jutaan dolar untuk membekalkan peralatan ujian kepada hospital dan komuniti tempatan pada harga yang sangat tinggi
Imej Vietnam yang pada mulanya dipuji kerana tindak balasnya yang berkesan terhadap pandemik COVID-19, bagaimanapun tercalar apabila pemimpin kerajaan ditahan kerana menerima wang daripada syarikat yang menganjurkan penerbangan penghantaran pulang dan ujian komuniti.
Long sebelum ini di hadapan mahkamah, mengakui menyesal atas kesalahan yang dilakukan itu selain meminta hukuman diringankan.
Peguamnya berhujah bahawa bekas menteri itu tidak meminta rasuah, namun hanya diberikan wang sebagai tanda terima kasih selepas perniagaan syarikat terbabit menguntungkan.
Penipuan itu dianggarkan memberikan keuntungan kira-kira AS$172 juta (RM799 juta) untuk firma yang membuat kit ujian itu dengan AS$34 juta (RM158 juta) daripadanya didakwa digunakan untuk merasuah pegawai.
Ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Phan Quoc Viet, dikenakan penjara 29 tahun kerana rasuah dan melanggar peraturan pembidaan. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang
You must be logged in to post a comment.