Bank konvensional terlibat transaksi riba ‘tempat kerja haram’, perlu usaha cari kerja lain – Mufti
PETALING JAYA: Dalam keadaan darurat atau terpaksa bekerja akibat ketiadaan alternatif pekerjaan halal, orang Islam dibenarkan bekerja di bank konvensional, kata Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Nor.
Katanya, perkara itu menunjukkan syariat Islam adalah fleksibel dan sentiasa mengambil kira keadaan hidup manusia yang berubah-ubah.
Beliau mengulas saranan Mufti Wilayah Persekutuan Luqman Abdullah yang menasihati pekerja Islam di bank itu berusaha sebaik mungkin mencari pekerjaan halal lain.
Luqman berkata, bank konvensional mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram jika orang Islam terlibat aktiviti itu.
“Perlu diketahui bahawa hukum ketika seseorang berada dalam situasi darurat atau terdesak adalah dianggap suatu kekecualian daripada hukum biasa atau hukum asal.
“Ia adalah kebenaran sementara sahaja, bukan tetap atau kekal,” kata Wan Salim bersetuju dengan saranan Luqman.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan dua kategori bagi mereka yang bekerja di bank konvensional – golongan bekerja secara langsung dengan transaksi riba yang hukumnya haram, manakala kategori pekerja kedua yang tidak terkait transaksi riba hukumnya harus.
Sementara itu, Luqman menjelaskan walaupun berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan, orang Islam perlu berusaha keluar dari “tempat kerja haram”.
“Berusaha terlebih dahulu mendapatkan kerja diakui syarak sehingga apabila dapat kerja sesuai dan halal, barulah tinggalkan kerja di tempat yang haram
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri
You must be logged in to post a comment.